Harian Metro

KONDUKTOR BAS CANTIK

-

Judul: Biar Mereka Cemburu

Penulis: A Darwisy Penerbit: Buku Prima Harga: RM22

Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilan­nya, dipakaikan baju cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhan­aannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak Tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu, tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta.

Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiaptiap hari mengajakny­a kahwin. Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila Rostam menolak cintanya. Dahsyat!

Iedil, anak Tengku. Lelaki yang punya segala-galanya. Termasuk kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas yang seorang ini hinggakan sanggup naik bas setiap hari ke tempat kerja untuk berjumpa konduktor cantik ini. Namun semuanya bukan senang kerana Iedil sudah punya kekasih hati.

Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia beristikha­rah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia