Harian Metro

SEPATU BUAT ANAK ISTIMEWA

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Hadiah kepada 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dari 4 rumah perlindung­an

Meraikan sambutan ulang tahun ke-15, jenama kasut kasual inovatif Crocs menghadiah­kan sepasang sepatu Clog klasik kepada lebih 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dari empat rumah perlindung­an sekitar Lembah Klang.

Pemberian itu sebahagian daripada misi Crocs untuk menyumbang kembali kepada komuniti tempatan, sekali gus menjadi tanda penghargaa­n atas sokongan ramai terhadap jenama berkenaan.

Tahun ini, Crocs berhasrat menampilka­n kelainan menerusi sumbangan derma kepada golongan yang memerlukan di seluruh dunia. Untuk itu, jenama berkenaan menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi tempatan di seluruh dunia bagi mengenal pasti dan menyelaras­kan sumbangan derma kasut.

Di Malaysia, Crocs bekerjasam­a dengan empat rumah perlindung­an komuniti iaitu Rumah Charis, Rumah Harapan, Rumah KanakKanak Impian dan Rumah Ozanam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pinang Medical Supplies (PMS) Sdn Bhd Teh Teong Ei, usaha menyumbang kembali kepada masyarakat adalah sebahagian daripada budaya dan nilai murni yang dititikber­atkan jenama berkenaan.

“Kami berbesar hati untuk menjayakan program sumbangan ini kerana ia adalah satu lagi contoh komitmen Crocs dalam usaha membantu meningkatk­an taraf hidup mereka yang memerlukan.

“Sebagai pengedar rasmi Crocs di Malaysia, kempen amal ini memberi peluang kepada kami untuk menyebarka­n lebih kegembiraa­n kepada kanak-kanak, sekali gus membuka ruang kepada mereka menikmati gaya versatil dengan keselesaan maksimum,” katanya.

Menurut Teh, awal tahun ini, jenama itu menyeru pembabitan pengguna seluruh dunia untuk berkongsi identiti menerusi menerusi kempen Come As You Are.

“Kempen pemasaran global itu memberi tumpuan kepada teras jenama, rangkaian gaya clog dan sandal, serta menggalakk­an orang ramai untuk meraikan keunikan diri. Ia umpama cerminan kepada jenama Crocs yang tidak pernah lari daripada identitiny­a, sentiasa optimis, versatil, selesa dan berani mencuba sesuatu yang baharu serta konvension­al sepanjang 15 tahun ini.

“Kami berharap, dengan rangkaian sepatu hebat kami, kempen ini dapat memberi lebih keselesaan kepada pemakai, khususnya kanak-kanak istimewa daripada empat rumah berkenaan,” katanya.

TUAH DITAJA

Dalam pada itu, Koordinato­r Rumah Charis, Jackson Pau berkata, pihaknya teruja dan berasa bertuah kerana mendapat tajaan sepatu berjenama yang cukup selesa dan berkualiti daripada Crocs.

“Ini adalah pengalaman pertama anak-anak menerima kasut daripada jenama sehebat Crocs. Selalunya, kami hanya membelikan mereka selipar biasa di kedai atau di pasar malam kerana tidak mampu.

“Sekurang-kurangnya, kasut ini lebih tahan lama berbanding sandal biasa. Jadi, tak ada lagi masalah untuk membawa anak-anak ini memenuhi jemputan majlis dan mereka juga boleh memakai kasut sama untuk keluar berjalan dengan lebih selesa,” katanya.

Kata Jackson, lumrah kanak-kanak menyimpan pelbagai impian termasuk mempunyai sepasang kasut mewah dan selesa seperti Crocs.

“Saya percaya anakanak di rumah tentu teruja sebaik menyarung kasut ini. Pastinya mereka gembira dapat memiliki barang mewah sebagaiman­a ramai kanak-kanak lain di luar sana,” katanya.

 ??  ?? WAKIL kanak-kanak dari empat rumah perlindung­an menerima tajaan kasut
daripada Crocs.
WAKIL kanak-kanak dari empat rumah perlindung­an menerima tajaan kasut daripada Crocs.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak daripada rumah perlindung­an memilih rona kasut kesukaan.
SEBAHAGIAN kanak-kanak daripada rumah perlindung­an memilih rona kasut kesukaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia