Harian Metro

LEPAS GERAM BEKAS KEKASIH

-

Ramai anggap karya baru Taylor terlalu sinis sindir banyak pihak menerusi video muziknya

Taylor Swift sentiasa menghadirk­an lagu yang berjaya mencuri tumpuan pengikut muzik seluruh dunia.

Daripada melodi ke lirik, ia sentiasa ‘menangkap’ dan mudah mendapat perhatian.

Terbaru, sejak sebulan lalu lagu Look What You Made Me Do dendangann­ya mendapat tempat di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Mendapat rotasi yang kerap di stesen radio tempatan, Look What

You Made Me Do sama seperti karyanya sebelum ini iaitu mengenai kisah putus cinta.

Bezanya kali ini,

Taylor yang mesra digelar Tay Tay oleh peminatnya ini meluahkan rasa geram kepada bekas kekasih dan dirinya yang dianggap lemah satu ketika dulu.

Memulakan langkah sebagai penyanyi lagu country, dia berubah menjadi penyanyi pop country dan kini bertukar kepada penyanyi pop sepenuhnya.

Look What You Made Me Do menjadi pelepas geramnya dan mendapat kritikan ramai pengkritik muzik dunia.

Dari segi melodi, lagu ini kedengaran segar dan kini masuk minggu kelima bertahan dalam carta lagu Billboard Hot 100.

Ada yang menganggap karyanya kali ini terlalu sinis dan sedikit sebanyak menyindir banyak pihak menerusi video muziknya.

Bermula dengan dirinya yang menjadi zombi dan menggali di tanah perkuburan, Taylor memberitah­u penonton bahawa dia kini menguburka­n reputasiny­a.

Dia juga menggambar­kan dirinya berada di dalam tab mandi, dikeliling­i intan dan permata selain memaparkan beberapa adegan lain yang punya maksud tersirat.

Lebih menarik perhatian adalah di bahagian akhir video muzik ini, di mana dia berdiri bersama pelbagai versi dirinya daripada zaman You Belong With Me, ketika berada di anugerah VMA 2009 dan MTV Europe music Awards 2012.

Sehingga kini, video muzik Look What You Made Me Do sudah mencecah sehingga 500 juta tontonan di YouTube.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAGU: Look What
You Made Me Do PENYANYI: Taylor Swift CIPTAAN: Taylor Swift, Jack Antonoff, Fred Fairbrass, Richard Fairbrass & Rob Manzoli
LAGU: Look What You Made Me Do PENYANYI: Taylor Swift CIPTAAN: Taylor Swift, Jack Antonoff, Fred Fairbrass, Richard Fairbrass & Rob Manzoli
 ??  ?? PENERBIT: Jack Antonoff TERBITAN/EDARAN: Big Machine
PENERBIT: Jack Antonoff TERBITAN/EDARAN: Big Machine

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia