Harian Metro

Bawa Mak Cun ke serata dunia

-

peragaan di New York dalam drama musim baru nanti,” katanya.

Selepas New York, kata Erma, dia juga diundang menjayakan pertunjuka­n fesyen Muslimah di Beverly Hills Fashion Show di California pada Disember depan.

“Saya juga sudah berbincang dengan Ashraff mengenai koleksi baru yang akan diperagaka­n nanti.

“Kami akan buat persiapan awal untuk menghasilk­an koleksi Mak Cun lebih baik lagi,” katanya.

Terdahulu, Erma pernah menyertai pertunjuka­n fesyen Islamik dengan memperagak­an koleksi Mak Cun di KLCC dan di Torino, Itali pada Julai lalu.

Drama bersiri Joyah Vegas

Walaupun menceburi dunia fesyen, keutamaan Erma tetap pada kepada bidang seni yang sudah sebati dengan dirinya sejak dulu.

Malah, Erma dan kru produksi sempat menjayakan penggambar­an drama bersiri Mak Cun 4 ketika di New York baru-baru ini.

“Saya akan selitkan babak Mak Cun menjayakan pertunjuka­n fesyen di New York dalam drama bersiri terbaru Mak Cun itu,” katanya.

Mengenai projek drama bersiri Joyah Vegas pula, kata Erma ia masih dalam perbincang­an.

“Drama bersiri ini akan dilakonkan pelakon lain. Walaupun bukan pelakon, Joyah juga memahami ada perkara yang terpaksa ditambah untuk menjadikan jalan cerita sesebuah drama itu lebih menarik.

“Bagaimanap­un, sejarah hidup Joyah sangat menarik untuk diangkat dalam projek drama bersiri ini.

“Bermula dengan kisah Joyah berhijrah ke Kuala Lumpur, hidup merempat dan akhirnya membeli apartmen serta jatuh cinta dengan penyewanya.

“Joyah atau nama sebenarnya, Pon Jumat adalah antara anak FELDA yang berjaya di Las Vegas kerana memiliki 10 rumah inap di sana,” katanya.

Kata Erma lagi, dia juga akan menghasilk­an Telemovie Mak Cun vs Joyah Vegas untuk siaran pada raya nanti.

“Selepas pertunjuka­n fesyen di New York, saya juga mengambil peluang bertemu Joyah di Las Vegas.

“Namun, saya terus dapat idea untuk menghasilk­an telemovie ini kerana tertarik dengan sikapnya yang ceria dan dia juga setuju untuk berlakon dalam cerita ini.

“Mengikut perancanga­n, penggambar­an telemovie ini akan berlangsun­g di Las Vegas dan Los Angeles pada Disember nanti,” katanya.

 ?? FOTO: ?? Bukan saja rekaan fesyen tapi saya juga bawa produk keluaran Mak Cun untuk dipasarkan ke Chinatown di New York
FOTO: Bukan saja rekaan fesyen tapi saya juga bawa produk keluaran Mak Cun untuk dipasarkan ke Chinatown di New York
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia