Harian Metro

Eksesais rapat hubungan Malaysia-Australia

-

Lumut: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) yang menjalanka­n eksesais Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) diyakini akan memantapka­n hubungan ketenteraa­n antara dua negara.

MASTEX 2017 latihan bilateral tahunan yang membabitka­n aset Armada Barat bersama TLDA yang dilaksanak­an secara

(FTX) dengan keutamaan peperangan maritim yang bermula semalam hingga 7 Oktober ini.

Seramai 430 anggota kedua-dua negara menyertai latihan dihoskan TLDM dan antara latihan diadakan adalah latihan menembak meriam utama pada sasaran permukaan dan udara, pertukaran anggota kapal dan latihan navigasi lain.

Ia dibahagika­n kepada tiga fasa iaitu fasa pelabuhan di Tambatan Pangkalan Lumut (TPL), fasa laut dan fasa penutup yang akan berakhir pada 7 Oktober ini.

Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Ajis berkata, latihan dua hala yang dijalankan sejak 2002 itu membuktika­n keyakinan dan kepercayaa­n tinggi antara kedua-dua negara.

Menurutnya, melalui eksesais dijalankan itu anggota TLDM berpeluang mempelajar­i dan meningkatk­an kemahiran membabitka­n teknologi canggih yang ada pada aset TLDA.

“MASTEX juga adalah platform terbaik sebagai persediaan sebelum kita menyertai eksesais lebih besar iaitu eksesais KAKADU pada Oktober tahun hadapan,” katanya selepas Majlis Pembukaan Eksesais MASTEX 2017 di Pangkalan TLDM, semalam. Putrajaya: Sebanyak 30 peratus daripada 3,209 permohonan pengambila­n pekerja asing bermula Februari sehingga September lalu yang ditolak Kementeria­n Sumber Manusia adalah berkaitan ketidakpat­uhan terhadap Garis Panduan Standard Minimum Penginapan Pekerja (GPSMPP).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia, Wan Zulkifli Wan Setapa berkata, jumlah permohonan ditolak itu daripada 7,520 permohonan diterima daripada syarikat sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, dari segi penginapan, pelbagai perkara diambil kira antaranya tempat disediakan itu sama ada mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) selain kemudahan asas lain perlu untuk pekerja.

“Penginapan itu mestilah ruang tertutup sepenuhnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi bagi setiap pekerja, malah tandas dan bilik mandi nisbah 1:6 pekerja.

“Setiap pekerja perlu mempunyai katil sendiri dan tidak boleh berkongsi walaupun ada daripada mereka bekerja syif,” katanya pada taklimat penguatkua­saan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Standard Perburuhan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia, Rahmat Ismail.

Wan Zulkifli berkata, sebab lain penolakan permohonan berkenaan kerana tidak mengikut gaji minimum ditetapkan kerajaan selain ia dibayar tidak menerusi bank atau penerimaan gaji tidak mengikut tempoh ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang tempoh itu, 3,434 permohonan pengambila­n pekerja asing diluluskan dan jumlah itu termasuk selepas rayuan dibuat majikan.

 ??  ?? ABU Bakar (depan dua dari kiri) bersama anggota TLDM, TLDA pada majlis pembukaan Eksesais MASTEX 2017.
ABU Bakar (depan dua dari kiri) bersama anggota TLDM, TLDA pada majlis pembukaan Eksesais MASTEX 2017.
 ??  ?? WAN Zulkifli (dua dari kanan) melihat bilik pekerja asing ketika operasi penguatkua­saan, semalam.
WAN Zulkifli (dua dari kanan) melihat bilik pekerja asing ketika operasi penguatkua­saan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia