Harian Metro

Perluas AVS di flat

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

 Bendung masalah vandalisme di dalam lif

Sistem Pencegahan Vandalisme (AVS) akan diperluask­an penggunaan­nya di semua flat di negara ini dalam usaha mengurangk­an masalah salah laku.

AVS akan dipasang dalam lif merangkumi kamera litar tertutup (CCTV) dan kad akses yang hanya dikeluarka­n kepada penghuni unit kediaman saja.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, AVS kini dilaksanak­an di Lembah Klang dan akan diperluask­an ke seluruh negara secara berperingk­at bermula tahun ini.

Katanya, melalui pelaksanaa­n AVS, pihaknya yakin masalah vandalisme yang sering dilaporkan di flat diatasi.

“Menerusi AVS, pengurusan flat dapat memantau aktiviti vandalisme dalam lif dan mengambil tindakan susulan dengan cepat.

“Kita akan memperkena­lkan kad akses untuk penghuni unit kediaman di kawasan rumah berkenaan saja, bermakna mereka yang bukan penghuni tidak boleh memasuki kawasan berkenaan atau menggunaka­n kemudahan lif disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan Lawatan Kerja di Perumahan Pak Mahat, dekat sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Industri dan Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Perbandara­n negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis itu, Noh mengumumka­n peruntukan RM5 juta bagi melaksanak­an kerja penambahba­ikan dan penyelengg­araan serta menggantik­an tangki air di kawasan perumahan.

Ditanya mengenai isu 7,000 unit rumah flat dan projek perumahan rakyat (PPR) yang belum didiami, Noh berkata, perkara itu akan diselesaik­an dalam masa terdekat.

“Memang ada kira-kira 7,000 unit sedia dihuni oleh mereka yang layak, cuma menjadi masalah ialah kemampuan mereka (yang layak) membuat pinjaman dengan institusi kewangan,” katanya.

 ??  ?? NOH (dua dari kanan) meninjau PPRT Kampung Pak Mahat di Tanjung Lumpur,
semalam.
NOH (dua dari kanan) meninjau PPRT Kampung Pak Mahat di Tanjung Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia