Harian Metro

Rugi RM15,000 barang dikebas ‘polis’

-

Batu Pahat: Seorang wanita warga emas kerugian RM15,000 apabila barangan kemas miliknya dilarikan seorang lelaki menyamar sebagai polis yang datang ke rumahnya di Kampung Parit Tengah Parit Raja, di sini, Selasa lalu.

Khatijah Amir, 77, berkata, lelaki itu datang menunggang motosikal dan memperkena­lkan dirinya sebagai anggota polis yang melakukan tugas rondaan cegah jenayah jam 10 pagi.

Katanya, lelaki itu memberi nasihat mengenai cara menyimpan barangan berharga dan memintanya mengambil tong berisi beras bagi melakukan demonstras­i.

“Lelaki berkenaan berpakaian kemeja-T kelabu dan memakai selipar memberi salam dan saya menyahutny­a. Pada mulanya memang saya tidak membuka pintu rumah kecuali tingkap.

“Dia memperkena­lkan diri sebagai polis dan meminta saya mengambil tong beras dan wang tunai bagi menunjukka­n cara menyimpan duit dalam beras sebagai langkah keselamata­n.

“Selepas itu, dia menyuruh saya mengambil wuduk tujuh kali dan saya akur namun sebaik habis mengambil wuduk, lelaki itu lesap bersama wang tunai RM200,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, semalam.

Khatijah berkata, oleh kerana mula curiga dan tidak sedap hati, dia memeriksa barangan kemas disimpan

Dia memperkena­lkan diri sebagai polis dan meminta saya mengambil tong beras dan wang tunai bagi menunjukka­n cara menyimpan duit dalam beras”

Khatijah Amir

dalam bilik tidurnya dan terperanja­t apabila semuanya lesap.

“Ketika menerangka­n cara menyimpan duit itu, lelaki itu bertanya jika saya menyimpan barangan kemas, tetapi saya menjawab semuanya anak simpan termasuk duit.

“Selepas lelaki itu hilang, saya memeriksa bilik dan mendapati barangan kemas termasuk dua rantai, gelang dan cincin emas hilang dalam simpanan,” katanya.

Katanya, kejadian berlaku dalam tempoh 20 minit dan dia tidak tahu apa terjadi ke atas dirinya sehingga menurut kata-kata lelaki itu untuk membuka pintu rumah dan memberi izin melakukan demonstras­i berkenaan.

Sementara itu, menantu mangsa, Malasinah Sadikon, 51, berkata, ketika kejadian dia sepatutnya menemani ibu mertuanya namun mempunyai urusan di Pejabat Tanah dan Galian Batu Pahat.

“Ini kali kelima ibu cuba ditipu dan kali terakhir ini penjenayah melakukann­ya. Beberapa tahun sebelum ini ibu pernah cuba ditipu RM2,000 oleh sindiket gores dan menang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

 ??  ?? KHATIJAH menunjukka­n demonstras­i cara menyimpan wang yang dilakukan suspek.
KHATIJAH menunjukka­n demonstras­i cara menyimpan wang yang dilakukan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia