Harian Metro

Lumpuh bukan penghalang sertai sukan ekstrem

-

Kuala Lumpur: Hilang upaya bukan penghalang buat Jarrett Martin, 27, menyertai sukan ekstrem pada acara KL Tower Internatio­nal Jump Malaysia (KLTIJM) 2017 yang berakhir semalam.

Dia yang lumpuh dari bahagian dada ke kaki dibantu rakan dan peserta lain ketika membuat terjunan dari aras ketinggian 312 meter di Menara Kuala Lumpur.

Martin dari Amerika Syarikat (AS) berkata, dia kehilangan upaya akibat kemalangan selepas terjatuh ketika menjalanka­n aktiviti lasak payung terjun pada usianya 18 tahun.

Menurutnya, kemalangan itu tidak sedikit pun melemahkan semangatny­a menjalani kehidupan sebaliknya dia teruja kerana dapat melakukan aktiviti yang diminati walaupun kekurangan.

“Tragedi yang membuatkan saya perlu menggunaka­n kerusi roda seumur hidup ini tidak sedikit pun melemahkan semangat saya.

“Saya tiada masa untuk mengenang apa yang terjadi (bersedih) kerana masih mampu melakukan apa yang diminati sama macam orang normal.

“Selepas enam bulan kemalangan, saya kembali aktif dalam dunia sukan lasak ini sampai sekarang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan KLTIJM 2017 yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelanconga­n) Kementeria­n Pelanconga­n

serba dan Kebudayaan Nor Yahati Awang.

Katanya, minat dalam aktiviti lasak itu mula berputik sejak usianya 14 tahun apabila didorong semua ahli keluargany­a yang turut meminati sukan itu.

Sementara itu, acara berprestij yang melabuhkan tirainya semalam selepas empat hari penganjura­nnya diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) membabitka­n tiga kategori.

Sijil pengiktira­fan itu disampaika­n Timbalan Pengurus Besar MBOR Mohamad Alex Edward kepada Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan.

 ??  ?? NOR Yahati (tengah) dan Meor Shahril Anuar bersama penerjun bebas sempena majlis Penutupan KL Base Jump 2017 di Menara Kuala Lumpur.
NOR Yahati (tengah) dan Meor Shahril Anuar bersama penerjun bebas sempena majlis Penutupan KL Base Jump 2017 di Menara Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia