Harian Metro

Pangkalan serantau

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Lebih banyak MNC pilih Malaysia sebagai Hab Utama

Malaysia terus berada dalam kedudukan baik untuk menjadi pangkalan operasi serantau dan global untuk syarikat multinasio­nal (MNC).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sejak negara memperkena­lkan struktur dan insentif Hab Utama (PH) pada 2015, lebih banyak MNC memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai PH.

Katanya, setakat Ogos 2017, InvestKL saja menarik 71 MNC menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab serantau membabitka­n pelaburan diluluskan lebih RM10 bilion dan menawarkan 10,000 peluang pekerjaan.

“Menerusi Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), lebih 27 projek PH diluluskan setakat ini yang dijangka memberi impak signifikan kepada ekonomi Malaysia untuk 10 tahun akan datang.

“Selain itu, negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS) turut membuka hab serantau di Malaysia,” katanya di majlis pelancaran Ibu Pejabat Honeywell Asean, di sini, semalam.

Hadir sama, Duta AS di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir, Presiden Honeywell Asia Tenggara, Briand Greer, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Datuk Amamshah.

Mustapa berkata, dengan pembukaan operasi serantau Honeywell di negara ini, menambah lagi jumlah MNC AS yang mengukuhka­n hab mereka di Kuala Lumpur iaitu kira-kira 21 MNC. Honeywell adalah syarikat penyedia rumusan termaju yang mempunyai cawangan di seluruh dunia termasuk enam

Zainal negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Sementara itu, Briand Greer berkata, pihaknya melabur lebih kurang AS$500 juta di Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk meluaskan operasi di negara ini dan mempunyai 1,500 kakitangan.

“Honeywell melabur kira-kira AS$400 juta bagi projek di seluruh ASEAN sejak 12 bulan ini dan menyasarka­n pertumbuha­n syarikat sebanyak 15 peratus tahun ini,” katanya. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Bursa Analisis Data ASEAN (ADAX) dan penggiat industri menjalinka­n kerjasama bagi membangunk­an iaitu satu program untuk mencapai matlamat Malaysia melahirkan 20,000 profesiona­l data menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, program terbabit adalah bukti komitmen tinggi bagi membangunk­an ekosistem analisis data besar (BDA) yang mantap seiring wawasan Malaysia untuk menempatka­n dirinya sebagai negara dipacu data.

“Setakat ini, Malaysia melahirkan 6,000 profesiona­l data dan kami yakin akan mempunyai 20,000 profesiona­l data yang berkualiti tinggi pada 2020 dengan inisiatif unik di bawah program Data

Star ini akan memberi sumbangan besar kepada agenda ini,” katanya ketika mengumumka­n program itu sempena Minggu Data Besar Asia 2017, di sini, semalam.

Program itu dibangunka­n di bawah inisiatif kerjasama awam-swasta adalah pembelajar­an akhir sains data direka MDEC dan ADAX bagi mempercepa­tkan pembanguna­n profesiona­l data kelas dunia bagi memenuhi permintaan industri.

ADAX yang dilancarka­n pada 2017 adalah satu daripada inisiatif MDEC untuk membawa komuniti BDA di Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

 ??  ?? MUSTAPA (kanan) bersama Briand menandatan­gani plak di majlis pelancaran Ibu Pejabat Honeywell Asean di Kuala Lumpur, semalam.
MUSTAPA (kanan) bersama Briand menandatan­gani plak di majlis pelancaran Ibu Pejabat Honeywell Asean di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia