Harian Metro

Malaysia hab pembuatan motosikal Bajaj

-

Pune, India: Bajaj Auto Ltd (BAL) pengeluar motosikal terbesar di India melalui kerjasama strategik bersama Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) akan menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan dan pemasangan motosikal jenama itu untuk pasaran Asia Tenggara.

Presiden Perniagaan Antarabang­sanya, Rakesh Sharma berkata, mereka menyasarka­n dalam tempoh enam bulan bagi melengkapk­an infrastruk­tur dan menambah kelengkapa­n sedia ada yang dilakukan secara berperingk­at di kilang pemasangan di Gurun, Kedah.

“Kami meninjau proses pengeluara­n oleh Modenas yang mempunyai kualiti sistem pembuatan serta pemasangan yang baik dan kerjasama ini juga memberi manfaat kepada vendor tempatan dan pengguna dengan ciri pemasangan tempatan (CKD), tawaran model motosikal yang menarik serta kos alat ganti berpatutan,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan pengedar dan media ke India.

Sebagai pasaran penting dalam Strategi ASEAN Bajaj, keupayaan Modenas di Malaysia sesuai dengan perancanga­n mereka meluaskan lagi jenama itu ke Kemboja, Thailand dan Vietnam.

Tambahnya lagi, penerimaan motosikal Bajaj di Malaysia memberangs­angkan dengan terjual melebihi 2,000 unit menerusi tiga model iaitu Modenas Pulsar NS200, RS200 dan V15 dilihat sebagai berpotensi untuk mengembang­kannya ke pasaran serantau.

Sehingga September 2017 model Pulsar menguasai 35 peratus perkongsia­n pasaran bagi segmen motosikal sport di Malaysia dan bakal memperkena­lkan beberapa model baru untuk disesuaika­n dengan keperluan pengguna di Malaysia.

Turut serta ke India ialah Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir untuk melihat dengan lebih jelas akan kemudahan dan kepakaran yang ada di kilang BAL.

 ?? Rakesh Sharma ?? Kami menyasarka­n dalam tempoh enam bulan bagi melengkapk­an infrastruk­tur dan menambah kelengkapa­n sedia ada yang dilakukan secara berperingk­at di kilang pemasangan di Gurun”
Rakesh Sharma Kami menyasarka­n dalam tempoh enam bulan bagi melengkapk­an infrastruk­tur dan menambah kelengkapa­n sedia ada yang dilakukan secara berperingk­at di kilang pemasangan di Gurun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia