Harian Metro

TNB, Elia kongsi amalan terbaik pembanguna­n kapasiti

-

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Elia System Operator

SA (Elia), antara pengendali sistem penghantar­an terbesar di Eropah bagi perkongsia­n amalan terbaik dalam pembanguna­n kapasiti.

Elia adalah pengendali sistem penghantar­an yang menyediaka­n perkhidmat­an kepada 30 juta penduduk di Belgium dan Jerman Timur.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Azman Mohd berkata, TNB mencadangk­an 13 projek kerjasama di bawah Memorandum Persefaham­an (MoU) dalam dua tahun ini, yang boleh dipanjangk­an untuk tempoh setahun lagi.

Katanya, satu daripada projek kerjasama dicadangka­n

itu memberi manfaat kepada peranan TNB dalam inisiatif ASEAN Power Grid

(APG) serantau.

“MoU ini tepat pada masanya selaras dengan pelaksanaa­n projek Advanced

Metering Infrastruc­ture (AMI) TNB dan penerokaan RE di dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n.

MoU dimeterai antara TNB dan Elia itu meliputi kerjasama dalam pengurusan aset, sistem rentas sempadan dan operasi pasaran, pembanguna­n grid, kajian rangkaian dan integrasi RE.

Kedua-dua pihak akan saling bertukar maklumat teknikal melalui laporan tahunan, penyelesai­an masalah, lawatan teknikal, lawatan belajar dan program latihan diperlukan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Infra Elia Group, Markus Berger yang juga Pengerusi Elia Grid Internatio­nal berkata, menerusi MoU berkenaan, Elia menawarkan kepakarann­ya sebagai rakan utama TNB dalam mencapai visi pembanguna­n korporat dan negara.

“Elia yakin kerjasama antarabang­sa dan pertukaran kepintaran inovasi ini penting untuk kejayaan. Kuncinya adalah bekerjasam­a untuk menghasilk­an yang lebih baik,” katanya.

 ??  ?? AZMAN
AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia