Harian Metro

TAK CUKUP KACAK

- Agensi

 Batal pertanding­an selepas gagal temui lelaki berwajah tampan

Satu pertanding­an mencari lelaki paling kacak di negeri Tabasco, Mexico terpaksa dibatalkan selepas penganjur gagal mencari calon menepati syarat yang ditetapkan.

Pertanding­an ‘Mr Model Tabasco 2017’ bertujuan mencari lelaki paling tampan di negeri itu yang dianjurkan pada setiap tahun.

Bagaimanap­un, penganjur terpaksa membatalka­n pertanding­an pada tahun ini selepas calon yang terpilih dianggap tidak cukup kacak.

Untuk menyertai pertanding­an itu, penganjur menetapkan seorang calon itu mestilah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.78 meter, berumur antara 17 hingga 27 tahun dan mempunyai wajah serta badan yang harmoni.

Calon juga perlu mempunyai ijazah atau taraf pendidikan setaraf, boleh berbahasa Inggeris, mempunyai pasport yang sah dan bukannya penari bogel.

Syarat itu dilihat terlalu ketat dan beberapa hari sebelum pertanding­an, penganjur hanya enam calon.

Namun, enam calon berkenaan juga dianggap tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan menyebabka­n penganjur mengambil keputusan membatalka­n terus pertanding­an itu.

Selepas mengumumka­n pembatalan itu di laman Facebook rasmi pertanding­an itu, pengguna media sosial mengecam tindakan penganjur.

Ramai beranggapa­n syarat ketinggian yang ditetapkan sebagai menghina kerana penduduk Mexico kebanyakan­nya

memilih bertubuh kecil.

“Adakah anda mahu mencari calon mewakili Tabasco atau Eropah?” kata Ivan Cervera Ojeda dalam laman Facebook berkenaan.

“Kenapa tidak mencari calon yang mempunyai ketinggian 1.60 meter? Adakah kami terlalu hodoh kerana bertubuh rendah?” kata seorang lelaki.

Pengguna media sosial juga berang dengan tindakan penganjur membatalka­n pertanding­an itu yang dianggap menghina enam peserta yang dipilih dan memalukan negeri itu.

 ??  ?? PENGANJUR ketika sesi memperkena­lkan enam peserta yang terpilih dalam pertanding­an ‘Mr Model Tabasco 2017’ sebelum membatalka­n acara itu. - Agensi
PENGANJUR ketika sesi memperkena­lkan enam peserta yang terpilih dalam pertanding­an ‘Mr Model Tabasco 2017’ sebelum membatalka­n acara itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia