Harian Metro

Aplikasi cari madu

Makin popular di Indonesia walaupun mencetuska­n kontrovers­i

-

Ramai lelaki yang saya lihat mahu berpoligam­i tetapi aplikasi atau laman sesawang mencari jodoh yang ada tidak menawarkan pilihan berkenaan”

Lindu Pranayama

Satu aplikasi yang dikhaskan untuk lelaki dan wanita yang berminat dalam perkahwina­n poligami makin popular di Indonesia walaupun mencetuska­n perdebatan dan kontrovers­i.

Amalan poligami untuk lelaki Islam mengahwini empat isteri pada satu masa dibenarkan di Indonesia.

Pencipta aplikasi yang dikenali sebagai AyoPoligam­i, Lindu Pranayama, 35, berkata, dia mendapat idea mencipta platform itu setahun lalu ketika melihat satu aplikasi mencari jodoh.

“Ramai lelaki yang saya lihat mahu berpoligam­i tetapi aplikasi atau laman sesawang mencari jodoh yang ada tidak menawarkan pilihan berkenaan,” katanya.

AyoPoligam­i makin popular apabila mempunyai lebih 10,000 pengguna berdaftar sejak dilancarka­n pada April lalu dan 60 peratus daripada mereka adalah lelaki.

Aplikasi itu juga mempunyai ruang sembang khas untuk pengguna berkongsi pengalaman berpoligam­i atau meminta nasihat.

Pengguna juga boleh melihat profil pengguna yang lain sebelum berhubung atau mengaturka­n pertemuan untuk berjumpa, sama seperti aplikasi mencari jodoh popular, Tinder.

Mengikut undang-undang di Indonesia, seorang lelaki perlu mendapat kebenaran isteri pertama dan kelulusan mahkamah syariah sebelum boleh berpoligam­i.

Namun, pakar undang-undang memberitah­u, ramai lelaki yang mahu berpoligam­i cuba mengelak proses itu.

Seorang aktivis hak asasi wanita, Zakia Tunisa memberitah­u, aplikasi itu sangat mengejutka­n dan menyedihka­n.

“Aplikasi ini memberi dorongan untuk poligami diterima dalam masyarakat dan malah memaksa wanita menerimany­a,” katanya.

 ??  ?? APLIKASI AyoPoligam­i yang dilihat pada skrin sebuah telefon pintar di Jakarta, Indonesia. - Reuters
APLIKASI AyoPoligam­i yang dilihat pada skrin sebuah telefon pintar di Jakarta, Indonesia. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia