Harian Metro

‘Lepas beban’ kren runtuh di Masjidilha­ram Apung di udara

- Daily Mail

Riyadh: Mahkamah Arab Saudi mendapati Kumpulan Binladin tidak bertanggun­gjawab atas kejadian kren runtuh di Makkah ketika musim haji pada 2015 yang membunuh kira-kira 100 orang, lapor media tempatan, semalam.

Firma pembinaan Binladin yang berasas di Arab Saudi itu milik keluarga bekas pemimpin al-Qaeda Osama Laden.

Sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh dan 400 cedera dalam kejadian 11 September 2015 itu apabila kren berkenaan tumbang berhampira­n Masjidilha­ram beberapa hari sebelum Aidiladha.

Pasukan pembelaan Kumpulan Binladin dalam hujahnya berkata, ia tidak mungkin dapat meramalkan ribut teruk dan angin kencang yang menyebabka­n kren berkenaan tumbang, lapor akhbar Asharq al-Awsat.

Keputusan itu masih boleh dirayu.

Kumpulan Binladin dikenakan beberapa sekatan susulan kejadian itu.

Firma itu ditugaskan membuat pengubahsu­aian untuk memperluas Masjidilha­ram dalam projek bernilai berbilion dolar untuk memuatkan jumlah jemaah yang bertambah setiap tahun. - AFP

Semata-mata tidak mahu membayar bil penginapan hotelnya, seorang lelaki sanggup memanjat kabel setinggi 20 tingkat untuk melarikan diri ke bangunan bersebelah­an di China namun tersangkut menyebabka­nnya terperangk­ap 60 meter di udara.

Lelaki itu - yang dilaporkan enggan membayar kos bilik yang disewa untuk satu malam - akhirnya terpaksa menunggu sehingga bomba datang menyelamat­kannya dalam kejadian yang turut dirakam orang ramai di jalan di bawahnya.

Rakaman

 Lelaki enggan bayar bil hotel sanggup panjat kabel telefon sebelum ‘tersangkut’

dari

telefon bimbit menunjukka­n lelaki itu tergantung pada talian telefon dalam kejadian di Panzhou, wilayah Guizhou pada 29 September lalu.

Lelaki itu yang identitiny­a tidak didedahkan dilaporkan cuba lari ke bangunan berhampira­n yang dipisahkan jalan raya dengan empat laluan.

Dia memanjat kabel telefon tetapi akhirnya tersangkut dan tidak dapat meneruskan usahanya, malah dilihat terpusing-pusing sehingga terikat pada kabel berkenaan.

Akhirnya dia tiada pilihan selain menunggu bomba datang menyelamat­kannya.

Jurucakap bomba berkata, lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Video kejadian itu dilihat lebih 7,350,000 kali di Weibo, dengan penggunany­a menyelar perbuatan keterlalua­n lelaki terbabit.

“Biar betul, dia sanggup menggadai nyawa semata-mata tidak mahu membayar penginapan satu malam di hotel?” kata pengguna bernama Joker_12138.

 ??  ?? PENYOKONG bekas Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif melaungkan slogan selepas dia hadir di mahkamah
untuk sebutan kes rasuah terhadapny­a. - AFP
PENYOKONG bekas Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif melaungkan slogan selepas dia hadir di mahkamah untuk sebutan kes rasuah terhadapny­a. - AFP
 ??  ?? LELAKI itu ditahan polis selepas diselamatk­an. - Daily Mail
LELAKI itu ditahan polis selepas diselamatk­an. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia