Harian Metro

Bunuh Dalit tengok tarian

-

Seorang lelaki dibunuh sekumpulan lelaki kasta tinggi semata-mata menghadiri persembaha­n tarian tradisiona­l ketika festival keagamaan Navratri, kata polis semalam.

Jayesh Solanki, 21, dan sepupunya Prakash didakwa diserang semalam apabila menyaksika­n garba - tarian rakyat yang dipersemba­hkan khusus untuk festival Navratri yang berlangsun­g selama sembilan hari.

Serangan di Gujarat itu adalah kejadian keganasan terbaru terhadap golongan kasta rendah Dalit yang dianggap paling hina dalam sistem hierarki sosial India.

“Kami menahan lapan orang yang didakwa memukul Solanki sampai mati di bandar Borsad,” kata ketua polis tempatan, Anand Saurabh Singh.

Menurut polis, sepupu mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu dengan mendakwa seorang daripada penyerang berkenaan mempertika­i kehadiran mereka di situ sebelum mula memaki hamun kasta dua sepupu berkenaan.

Lelaki itu kemudian berlalu pergi tetapi tanpa dijangka, kembali bersama tujuh rakannya yang menyerang mereka berdua.

Kumpulan itu pada mulanya menampar Prakash dan apabila Solanki cuba menghentik­an pergaduhan itu, dia ditolak.

“Mereka menolaknya dengan kuat menyebabka­n kepalanya terhantuk pada dinding dan pengsan.

“Mereka berkata, said Dalit ‘tiada hak untuk menyaksika­n garba,” kata Prakash.

Polis berkata, Solanki disahkan mati di hospital. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia