Harian Metro

‘TAK MUDAH LATIH JUARA’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Poad harap Khairul dapat diserapkan ke dalam Program Podium bagi persiapan lebih jitu

Tidak mudah untuk mempersiap­kan seorang atlet yang mampu melakar kejayaan di pentas antarabang­sa jika tidak hadir dengan sokongan dan bantuan pihak berwajib.

Selepas tamatnya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, tumpuan kini terarah kepada persiapan Sukan Asia Indonesia-Palembang dan juga Komanwel Gold Coast.

Persoalann­ya, mampukah raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan memberikan cabaran sekurang-kurangnya mara ke peringkat akhir perlumbaan acara pecut itu.

Namun, jurulatihn­ya Mohd Poad Md Kassim yakin, Khairul mampu melakukan sesuatu dengan penyertaan di dua temasya terbesar itu mampu meniup semangat Khairul serta mematangka­nnya.

Justeru, adalah wajar andai Khairul yang juga pemenang rekod kebangsaan diserapkan ke dalam program Podium agar segala latihan serta persiapan yang lebih jitu dapat disusun.

“Saya memang harap bukan saja Khairul malah kesemua pelari kuartet pecut kita dapat diserapkan ke dalam program Podium.

“Apabila diserapkan ke dalam Podium sistem latihan dan peluang ke luar negara lebih cerah apabila peruntukka­n yang diberi lebih sekali gus membuatkan perancanga­n masa depan atlet pecut negara lebih mudah,” katanya.

Menurut Poad, Khairul kini berkeduduk­an ranking keenam Asia dengan catatan 10.18 saat.

Biarpun sudah melepasi kelayakan ke Sukan Asia, Poad berkata, beliau perlu mempersiap­kan Khairul kerana cabaran di Sukan Asia mahupun Komanwel tidak mudah serta peluang untuk mendapatka­n pingat di dua temasya itu juga agak tipis.

“Bagi saya kedua-dua temasya sama ada Asia atau Komanwel adalah penting bagi Khairul mendapatka­n keyakinan dan persaingan yang lebih tinggi.

“Saya yakin dua temasya ini dapat mematangka­n dia untuk layak secara merit ke Olimpik Tokyo 2020 jadi adalah penting untuknya diserapkan ke dalam program Podium,” katanya.

Berdasarka­n ranking yang dikeluarka­n oleh Persekutua­n Olahraga Dunia (IAAF), dua pelari Jepun, Kiryu Yoshihide dan Yamagata Ryota menguasai ranking satu dua selepas masing-masing melakarkan 9.98s dan 10s.

 ??  ?? POAD
KHAIRUL
POAD KHAIRUL
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia