Harian Metro

‘Ada yang tak kena’

James mahu BAM atasi segera punca peletakan jawatan dua jurulatih

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

“Ini sesuatu yang tidak sihat dan sedang melanda badminton negara,” ujar bekas pemain dan jurulatih, Datuk James Selvaraj (gambar) ketika mengulas apa yang berlaku kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak akhir-akhir terutamany­a isu peletakan jawatan Pengarah Teknikal, Morten Frost Hansen dan jurulatih beregu lelaki, Jeremy Gan.

Menurutnya, tindakan yang diambil kedua-dua individu penting badan induk itu tentu mempunyai sebab tersendiri dan mereka perlu mencari jalan penyelesai­an dalam masa terdekat jika timbulnya masalah dalaman.

“Mungkin sebab sistem sudah tukar, di mana setiap bahagian sekarang ini mempunyai ketua jurulatih. Di mana mereka perlu melapor terus kepada Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan, bukan lagi kepada pengarah teknikal,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, peletakan jawatan kedua-dua individu berkenaan perlu ada penyelesai­an sekali gus memastikan ia tidak berulang lagi dengan membabitka­n jurulatih lain selepas ini.

“Kita masih memerlukan seseorang (menggantik­an tempat Frost) sama seperti sebuah syarikat mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengurus Besar dan sebagainya. Bagi saya situasi peletakan jawatan ini kurang sihat, jurulatih yang berhenti mesti ada sebab.

“Jika alasan mereka mahu pergi ke negara lain, ini bermakna negara berkenaan lebih menghormat­i mereka berbanding negara kita sendiri. Jadi mesti ada sebab kenapa ia berlaku,” katanya.

Selepas Frost mengumumka­n peletakkan jawatannya dua minggu lalu, Jeremy pula mengambil tindakan yang sama Sabtu lalu atas alasan ingin mencuba sesuatu benda baru (berkhidmat di negara lain).

“Mungkin ada banyak perkara yang saya tidak tahu tapi bagi saya ini adalah perkembang­an kurang sihat. Perlu cari puncanya, pihak atasan perlu duduk berbincang dengan semua jurulatih dan tanya mereka apa masalah yang berlaku.

“Selesaikan dan bincang kerana kita tidak tahu apa akan jadi pula selepas ini. Cegah sebelum parah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia