Harian Metro

Peluang terbaik buat pelumba tempatan

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

 Penganjur sudah dihubungi bagi menjelaska­n segala kekusutan

Kegusaran pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Salleh berhubung wang kemenangan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 dan Jelajah Malaysia 2016 (JM2016) mendapat reaksi positif pihak berwajib.

Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab menjelaska­n, pengurus acara LTdL 2017, Ciclista Sports Sdn Bhd sudah menghubung­inya berhubung Shah Alam: Peluang pelumba tempatan untuk menyerlah di Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) semakin terbuka apabila juara bertahan dari Iran, Pishgaman Cycling Team sah menarik diri.

Perkembang­an berkenaan dimaklumka­n penganjur perlumbaan, LifeProFit Sdn Bhd dengan pasukan dari Korea Selatan, KSPO yang dibarisi juara kategori pecut edisi 2016, Park Sung Baek turut mengesahka­n tidak akan bersaing kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LifeProFit Sdn Bhd, Noraidiazh­ar Sulaiman, menjelaska­n kelab dari Iran yang mendominas­i edisi 2016 dengan memenangi kategori individu keseluruha­n dan bukit itu mengalami masalah penerbanga­n manakala KSPO bertanding di perlumbaan lain dengan pihaknya dimaklumka­n minggu lalu.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh bagaimanap­un melihat ketiadaan dua pasukan berkenaan secara positif terutamany­a kepada pelumba tempatan.

“Ketiadaan mereka akan dirasai namun peluang kepada pelumba tempatan untuk meraih kemenangan kini lebih baik. Peluang kini terbuka untuk pasukan lain lakar kejutan.

“Saya sendiri akan cuba memastikan mampu menjuarai kategori pecut selepas berada di kedudukan kedua tahun lalu.

“Namun saya turut perlu berwaspada terhadap pasukan lain seperti Oliver’s Real Food Racing dari Australia. Mereka sebuah pasukan yang bagus dan ternama di sana,” katanya.

Selain TSG, pasukan tempatan yang menggalas cabaran negara pada edisi ke-53 adalah Team Sapura Cycling (TSC), skuad kebangsaan serta tujuh pasukan berstatus kelab.

Manakala pasukan ternama yang lain adalah seperti Aisan Racing Team (Jepun), 7 Eleven Roadbike Philippine­s (Filipina) dan KFC Cycling Team (Indonesia).

Edisi ke-53 perlumbaan pada tahun ini membabitka­n 18 pasukan bakal mempertand­ingkan lima peringkat bermula di Shah Alam, Selangor merentasi Perak serta berakhir di Kedah pada Sabtu sejauh 679.9 kilometer.

Perlumbaan berstatus 2.2 dalam kalendar Jelajah Asia itu dijangka memberikan saingan sengit apabila akan melakukan pendakian pada ketinggian 1217 meter (berstatus hors) menuju ke puncak Gunung Jerai pada peringkat keempat. Kuala Lumpur: Selepas berjaya menghasilk­an raja pecut di peringkat Asia Tenggara, Mohd Poad Md Kassim kini dalam perancanga­n untuk melahirkan ‘Khairul Hafiz Jantan’ kedua.

Jurulatih olahraga negara itu berkata, Malaysia memerlukan ramai jaguh agar dapat menguasai acara pecut di rantau ini dan atas sebab itulah beliau merancang mewujudkan tempat latihan dikenali sebagai ‘Poad Sprint Academy’.

“Saya berhasrat menubuhkan akademi kerana ingin berkongsi ilmu yang ada. Buat masa ini saya masih dalam peringkat percubaan dan jika ada sambutan, ia akan dijadikan lebih serius.

“Jika ada badan swasta yang ingin membantu merealisas­ikan akademi ini, ia akan menjadi lebih mudah. Ini kerana hasrat saya juga maklumat yang diperlukan bagi kami menyelesai­kan bayaran kepada pemenang.

“Jadi bagaimana kami mahu memberikan wang kemenangan jika tidak dibekalkan dengan maklumat yang lengkap walaupun duit sudah tersedia untuk diedarkan,” tambahnya.

 ??  ?? HARRIF (kiri) bersama Noraidiazh­ar Sulaiman (tengah) ketika sidang media Jelajah Malaysia 2017.
HARRIF (kiri) bersama Noraidiazh­ar Sulaiman (tengah) ketika sidang media Jelajah Malaysia 2017.
 ??  ?? POAD (kanan) memantau latihan anak buahnya.
POAD (kanan) memantau latihan anak buahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia