Harian Metro

Debaran aksi ‘balas’ Ferrari

- AFP

 Hamilton sedia sekat Vettel di Suzuka

Lewis Hamilton bernasib baik bagi perlumbaan kedua berturut-turut untuk mengukuhka­n cengkamann­ya dalam kejuaraan dunia di depan Sebastian Vettel namun menyatakan kebimbanga­nnya Ferrari akan bertindak balas hebat di Jepun hujung minggu ini.

Selepas menduduki tangga kedua pada Grand Prix Malaysia, Hamilton ditanya wartawan jika kepantasan Ferrari satu kebimbanga­n besar.

“Ya, sudah tentu,” katanya. “Kami perlu melakukan sesuatu,” ujarnya sebelum berlepas ke Jepun untuk

(gambar)

bersiap sedia menghadapi perlumbaan di Suzuka, Ahad ini.

“Perlumbaan selepas ini amat genting dari segi membaiki beberapa kekurangan di jentera kami.”

Hamilton mendahului dengan jurang 34 mata selepas berakhir di belakang pemandu Red Bull, Max Verstappen pada perlumbaan terakhir GP Malaysia di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.

Namun pemanduan terhebat semalam adalah daripada Vettel yang melonjak dari petak terakhir untuk menduduki tangga keempat.

Jentera Mercedes dipandu Hamilton turut bergelut dengan kepantasan di Singapura dua minggu lalu.

Bagaimanap­un di sana dia melakar kejutan apabila menang dari petak kelima selepas mengelak kemalangan pada pusingan pertama yang menyaksika­n kedua-dua pemandu Ferrari dan Verstappen terkeluar.

“Kami tidak boleh mengelak daripada hakikat kami bernasib baik sekali lagi hujung minggu ini,” kata prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff.

 ??  ?? HAMILTON (kiri) diasak pemandu Ferrari Sebastian Vettel dalam saingan di Litar Sepang, kelmarin.
HAMILTON (kiri) diasak pemandu Ferrari Sebastian Vettel dalam saingan di Litar Sepang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia