Harian Metro

UKG jalani latihan tiga kali seminggu

-

Kuala Terengganu: Komitmen terhadap kerja membuatkan pasukan Utiliti Kerteh Gebeng Team (UKG) hanya dapat mengadakan latihan pada Isnin dan Rabu selain hujung minggu sekiranya mempunyai waktu terluang bagi menghadapi Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh, 7 Oktober ini.

Pelumba UKG Kamarudin Mohd Idris, 35, berkata, walaupun terdapat kekangan itu tetapi pasukannya tetap bersemanga­t untuk turut sama bersaing.

Menurutnya, seramai 10 pelumba daripada pasukannya akan beraksi pada kejohanan itu nanti dan mereka sudah bersedia bagi memberi cabaran kepada pelumba lain.

Katanya, pelumba pasukannya adalah kakitangan syarikat petroleum dan gas yang terdiri daripada jurutera, pengurus besar, pengurus bahagian dan masing-masing sibuk dengan tugasan.

“Dalam kesibukan itu, pelumba pasukan kami tetap mampu memberi komitmen untuk menyertai perlumbaan kali ini.

“Kekangan masa membataska­n kami untuk berlatih

tetapi kami tetap bersemanga­t menyertai perlumbaan kerana tidak mahu melepaskan peluang yang ada,” katanya.

Menurutnya, UKG juga ingin menambah ahlinya dan berharap dapat berkembang dengan sokongan selain dapat memupuk semangat silaturahi­m dalam kelompok pasukan.

Katanya, sokongan daripada pihak atasan termasuk pengurus besar kami memperliha­tkan sukan berbasikal sememangny­a mempunyai ramai pengikut dan amat berpengaru­h dalam kalangan masyarakat.

“Untuk perlumbaan nanti, kami tidak meletak harapan tinggi tetapi bersedia memberi tentangan hebat kepada pasukan lain,” katanya.

 ??  ?? SEMANGAT UKG membara sertai HMMTB.
SEMANGAT UKG membara sertai HMMTB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia