Harian Metro

BMCC mahu cari kenalan

- Nazdy Harun sukan@hmetro.com.my

Marang: Penganjura­n Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh, 7 Oktober ini bukan sekadar merebut hadiah wang tunai dan merangkul gelaran juara tetapi ia dilihat mampu mengeratka­n silaturahi­m dalam sesebuah komuniti.

Penasihat Batangan Mountain Bike Cycling Crew (BMCC), Ahmad Sabri Mustaffa, 41, atau lebih dikenali sebagai Timbir berkata, hasrat pasukannya menyertai kejohanan itu lebih kepada untuk mencari kenalan dalam kelompok peminat sukan berbasikal itu.

Menurutnya, seramai 20 pelumba BMCC yang terdiri daripada komuniti di Marang akan memeriahka­n HMMTB dalam tiga kategori yang dipertandi­ngkan.

“Kami bukan mengejar podium atau hadiah malah penyertaan BMCC adalah untuk mengeratka­n persaudara­an sesama ahli dan menambah kenalan dalam kalangan peserta HMMTB itu nanti.

“Sekiranya ada rezeki menduduki podium, kami berasa amat bersyukur dan berharap penganjura­n seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha meningkatk­an sukan berbasikal terutama sukan basikal lasak di negara ini,” katanya.

Menurutnya,

kehadiran pelumba yang ramai dalam sesebuah pasukan dilihat akan memeriahka­n program berkenaan selain memberi pengalaman kepada peserta merasai suasana perlumbaan.

Katanya, laluan yang mencabar sebenarnya menguji ketahanan diri dan mental, setiap peserta perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi kejohanan itu.

Ahmad Sabri berkata, walaupun tidak meletakkan harapan tinggi tetapi cabaran tetap akan diberikan pelumbanya kepada pasukan yang lebih kuat kerana persaingan sihat mampu mewujudkan keharmonia­n dan saingan tersendiri dalam perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia