Harian Metro

Raih kejuaraan sulung Jelajah Eropah

-

Newcastle, England: Pemain Ireland, Paul Dunne

meraikan kemenangan sulung dalam Jelajah Eropah apabila dia menafikan kebangkita­n Rory McIlroy untuk merangkul kejuaraan Masters British di Newcastle dengan catatan menakjubka­n 61 pada pusingan akhir.

Dunne, 24, mencetus aksi mengagumka­n itu apabila menamatkan 18 lubang dengan sembilan bawah par menerusi tiga birdie dan satu eagle dalam enam lubang pertamanya di lapangan Close House di timur laut England.

Ia memberikan­nya keseluruha­n 20 bawah par dan kemenangan tiga pukulan di depan McIlroy, dengan pemain Sweden, Robert Karlsson, yang mendahului satu pukulan menjelang pusingan akhir, mencatat 66 untuk tangga ketiga dengan 16 bawah par.

Pemenang empat kejuaraan utama McIlroy merapatkan kedudukan kepada satu pukulan di belakang Dunne dengan penamat 63 bagi 17 bawah par keseluruha­n.

Namun Dunne menangani perasaan gemuruhnya dan membalas cabaran McIlroy dengan birdie dalam dua lubang terakhir termasuk bola lambung sensasi dari luar green pada lubang terakhir.

Kemenangan Dunne, pertama dalam 51 kejohanan jelajah, membantuny­a menebus kekalahan menerusi penentuan play-off pada Trofi Hassan II di Maghribi awal tahun ini.

Pemain Ireland itu turut mendahului Terbuka British 2015 menjelang pusingan akhir.

“Satu perasaan hebat akhirnya menang dan saya sudah berada di atas sana beberapa

>>Amerika Syarikat merangkul kejuaraan Piala Presiden buat kali ketujuh berturut-turut

(gambar)

kali tahun ini tapi saya tidak berjaya memastikan kemenangan pada hari terakhir,” ujar Dunne.

“Jadi, saya bangun pagi ini dan berkata kepada diri sendiri saya akan cuba memenangin­ya dan tidak bergantung harap kepada orang lain. Syukur saya melakukann­ya dan harapnya saya boleh melakukann­ya lagi.” AFP

 ?? Paul Dunne ?? Satu perasaan hebat akhirnya menang”
Paul Dunne Satu perasaan hebat akhirnya menang”
 ??  ?? BERGER (kiri) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan pada aksi Piala Presiden.
BERGER (kiri) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan pada aksi Piala Presiden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia