Harian Metro

AS sah juara Piala Presiden

- AFP

Amerika Syarikat menang 19-11 ke atas pasukan Antarabang­sa awal pagi semalam untuk menjuarai Piala Presiden ketika nasib pasukan lawan ditentukan berikutan persembaha­n buruk dalam tiga hari pertama.

Kemenangan sudah berada dalam genggaman apabila Daniel Berger mendahului 3-up dengan berbaki tiga lubang menentang pemain Korea Selatan, Kim Si Woo memastikan sekurang-kurangnya setengah mata susulan setengah mata diraih Kevin Chappell menentang Marc Leishman pada perlawanan pertama.

Ketika Berger melengkapk­an kemenangan 2 & 1 ke atas Si Woo, kemenangan buat pemain Australia, Jason Day dan pemain Jepun, Hideki Matsuyama sudah tidak bermakna dan pasti Presiden AS Donald Trump akan menyampaik­an trofi kepada tuan rumah.

“Satu perasaan menakjubka­n,” kata Berger, yang dimaklumka­n oleh kapten Steve Stricker di lubang ke-16 bahawa AS sudah memastikan kejuaraan.

“Inilah kekuasaan pasukan AS,” kata kapten Antarabang­sa,

 Berger realisasi impian benam pasukan lawan

Nick Price. “Mereka pasukan unggul yang bermain amat luar biasa. Ia sukar untuk disaksikan apatah lagi bagi pasukan yang tewas.”

AS tampil pada hari terakhir tanpa tekanan apabila membenam Antarabang­sa dalam 18 perlawanan foursomes dan fourball - membenarka­n lawan hanya dua kemenangan dalam tiga hari pertama.

AS mendahului dengan 11 mata semalaman dan memerlukan hanya satu mata pada hari terakhir untuk merangkul kejuaraan Piala Presiden buat kali ketujuh berturut-turut.

“Mereka hadir ke sini dengan banyak momentum dan keyakinan tinggi,” kata Stricker mengenai pemainnya, yang termasuk pemenang tiga kejuaraan utama terakhir. “Ia hanya mengenai bagaimana untuk mendapatka­n yang terbaik daripada mereka.”

Pasukan Antarabang­sa, yang menang kejuaraan tunggal pada 1998 dan seri pada 2003, berharap untuk mengatasi pencapaian kekalahan tipis di Korea Selatan dua tahun lalu.

Namun akhirnya kepuasan mereka hanyalah kerana menafikan usaha AS muncul pasukan pertama menang setiap sesi.

Antarabang­sa menang enam perlawanan perseorang­an dan seri tiga, awal pagi tadi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia