Harian Metro

Ledakan Messi

- AFP

 Dua gol penyerang sensasi Barca bantu tewaskan Las Palmas

Lionel Messi menyumbat dua gol apabila Barcelona mengalahka­n Las Palmas 3-0 pada aksi yang dilangsung­kan secara tertutup selepas La Liga Sepanyol enggan menangguhk­an perlawanan itu pada hari pungutan suara meminta kemerdekaa­n Catalunya.

Sekurang-kurangnya 91 orang cedera apabila polis pencegah rusuhan Sepanyol melepaskan tembakan menggunaka­n peluru getah dan bertempur dengan aktivis yang mengadakan undian meminta kemerdekaa­n namun diharamkan kerajaan Sepanyol, semalam.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menyatakan kelab itu memutuskan aksi secara tertutup di Nou Camp yang berkapasit­i 90,000 penonton sebagai protes terhadap pertempura­n ganas itu.

“FC Barcelona mengutuk keras pertempura­n di beberapa tempat di Catalunya hari ini dalam usaha menghalang warga daripada mengamalka­n hak demokrasi,” menurut Barcelona dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan, La Liga menegaskan “tiada motif bagi perlawanan itu ditangguhk­an.”

Jika Barca enggan meneruskan perlawanan, mereka berdepan kemungkina­n ditolak tiga mata selain kemenangan diberikan kepada Las Palmas.

Pertahanan Barca, Gerard Pique menangis terisak-isak selepas perlawanan itu.

“Ini pengalaman profesiona­l paling teruk pernah saya lalui dalam kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Isco meledak dua gol ketika Real Madrid merapatkan jurang berbanding pendahulu La Liga, Barcelona kepada tujuh mata selepas menang 2-0 ke atas Espanyol.

“Kami perlu bergembira. Perkara penting adalah tiga mata selepas tiga perlawanan tidak menang di sini,” kata jurulatih Madrid, Zinedine Zidane.

Isco dinafikan gol pembukaan dalam tempoh 30 saat pertama oleh penjaga gol Espanyol, Pau Lopez.

Namun, pemain kebangsaan Sepanyol itu tidak melakukan kesilapan apabila dia merembat masuk umpanan Cristiano Ronaldo bagi gol pertama pada minit ke-30.

Kedegilan Espanyol dirobek sekali lagi 19 minit sebelum tamat apabila Isco melencongk­an masuk gol keduanya selepas satu serangan balas pantas.

 ??  ?? AKSI Messi ketika melepasi pemain pertahanan Las Palmas.
AKSI Messi ketika melepasi pemain pertahanan Las Palmas.
 ??  ?? PASUKAN Barcelona meraikan kemenangan selepas menumpaska­n Las Palmas 3-0.
PASUKAN Barcelona meraikan kemenangan selepas menumpaska­n Las Palmas 3-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia