Harian Metro

Jaringan Hendrick buat Koeman resah

-

Liverpool, England: Pengurus Everton, Ronald Koeman berdepan rehat tugasan antarabang­sa dalam keadaan tidak selesa selepas gol Jeff Hendrick pada minit ke-21 membantu pelawat, Burnley menang 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, semalam.

Kekalahan itu meletakkan kelab berbelanja besar Toffees, yang menang hanya dua kali dalam tujuh perlawanan liga setakat ini musim ini, dua mata di atas zon penyingkir­an.

Kelab pengendali dari Belanda itu hadir pada perlawanan selepas kecewa seri 2-2 dalam Liga Europa dengan kelab Cyprus, Apollon Limassol, Khamis lalu.

Keputusan itu merencatka­n seketika kebangkita­n mereka selepas Everton menang dua perlawanan berturut-turut menentang Sunderland dalam Piala

Liga dan Bournemout­h dalam Liga

Perdana sesudah tewas empat perlawanan terus menerus.

Koeman berkata:

“Saya tidak kecewa dengan apa yang saya lihat daripada pasukan ini, mereka menunjukka­n hari ini bagaimana kami patut bermain.

“Jika anda bermain menentang pasukan yang asyik bertahan anda perlu berada di tahap terbaik. Kami tidak mempunyai kreativiti itu.”

Penyerang Everton, Wayne Rooney berasakan dia patut menerima sepakan penalti pada lewat perlawanan apabila bola hantaran lintang Gylfi Sigurdsson terkena lengan Matthew Lowton dan Koeman berkata: “Kadang-kadang anda mendapat bantuan pengadil.

“Saya tidak katakan ia penalti kerana bukan niatnya untuk menyentuh bola itu tapi dalam keadaan lain saya lihat ada penalti diberikan.” AFP

 ?? Arsene Wenger ?? MONREAL (kiri) jaring gol pertama dalam Liga Perdana Inggeris sejak 2013. Tiada apa yang kekal. Kami bertindak balas dengan cara bersatu dan kami meraih beberapa kemenangan dan persembaha­n yang bagus sebagai satu pasukan”
Arsene Wenger MONREAL (kiri) jaring gol pertama dalam Liga Perdana Inggeris sejak 2013. Tiada apa yang kekal. Kami bertindak balas dengan cara bersatu dan kami meraih beberapa kemenangan dan persembaha­n yang bagus sebagai satu pasukan”
 ??  ?? HENDRICK (kanan) rai jaringan bersama rakan sepasukan.
HENDRICK (kanan) rai jaringan bersama rakan sepasukan.
 ??  ?? KOEMAN
KOEMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia