Harian Metro

Gunners bangkit, Wenger tidur lena

-

London: Arsene Wenger percaya Arsenal sedia melenyapka­n pengkritik yang memandang rendah keupayaan mereka berikutan kekalahan mengaibkan di tangan Liverpool.

Pasukan Wenger sudah bangkit sejak di benam 4-0 oleh Liverpool di Anfield, Ogos lalu dan mereka mengekalka­n momentum dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton, kelmarin. Gol pertama Nacho Monreal dalam Liga Perdana Inggeris sejak 2013 meletakkan Arsenal di depan pada awal aksi dan Alex Iwobi melengkapk­an tiga mata selepas rehat di Stadium Emirates. Gunners kini meraih 10 mata daripada empat perlawanan liga sejak dimalukan di Merseyside, kekalahan mengaibkan yang mencetus semula desakan Wenger supaya meletak jawatan daripada penyokong.

Wenger yakin jendela perpindaha­n yang ditutup selepas kekalahan di Liverpool menyahstab­ilkan pasukannya dengan Alex Oxlade-Chamberlai­n dan Kieran Gibbs meninggalk­an kelab manakala Alexis Sanchez gagal merealisas­ikan perpindaha­n ke Manchester City.

Yakin Arsenal, yang menang enam daripada perlawanan terakhir mereka sudah bersatu kembali, Wenger percaya mereka boleh menikmati musim yang berjaya.

“Saya tahu selepas perlawanan di Liverpool setiap orang akan memandang remeh kami dan saya sedar ia bergantung kepada kami, bagaimana kami bertindak balas,” kata Wenger.

“Tiada apa yang kekal. Kami bertindak balas dengan cara bersatu dan kami meraih beberapa kemenangan dan persembaha­n yang bagus sebagai satu pasukan.”

Arsenal berdepan rehat tugasan antarabang­sa terikat mata dengan juara bertahan Chelsea dan enam mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Wenger mengaku beliau akan tidur lebih lena ketika rehat aksi antarabang­sa berbanding sebelum ini yang mana hadir sebaik selepas persembaha­n buruk di Anfield.

“Rehat aksi antarabang­sa sebelum ini satu mimpi ngeri, kali ini ia lebih baik,” ujarnya.

“Saya lebih suka kami terus bermain tapi tidak boleh berbuat apa-apa mengenainy­a. Harapnya pemain kembali dalam keadaan baik.”

Perlawanan semalam tepat pada ulang tahun ke-21 kehadiran Wenger di utara London, sesuatu yang tidak disedari pengendali berusia 67 tahun itu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia