Harian Metro

‘Memang 15 Oktober’

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menegaskan tiada penundaan jadual bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia seperti yang didakwa Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam

menjelaska­n tarikh 13 dan 14 Oktober yang diperkatak­an sebelum ini hanya perancanga­n awal sebelum cadangan terbaru yang menyaksika­n kedua-dua aksi separuh akhir akan dimainkan pada 15 Oktober.

Kevin berkata, tarikh 15 Oktober dicadangka­n selepas mengambil kira semua faktor terutama aksi kelayakan Piala Asia 2019 membabitka­n skuad kebangsaan di Hong Kong pada 10 Oktober ini.

“Skuad kebangsaan kemungkina­n akan pulang dari Hong Kong pada 11 Oktober, maknanya hanya 12 Oktober pemain terbabit boleh melaporkan diri bersama pasukan masing-masing.

“Jadi apa salahnya kita sama-sama menjaga pemain kebangsaan ini yang pastinya kepenatan. Malah, pemain ini bukan datang

(gambar)

daripada satu pasukan tetapi semua termasuk Johor DT, FELDA United, Kedah dan Perak juga.

“Kalau kita paksa semua pasukan main pada Sabtu (14 Oktober) dan katakan ada pemain cedera, pasukan akan tuduh jadual FMLLP padat pula. Apa salahnya kami letak perlawanan ini pada Ahad (15 Oktober).

“Kami juga tidak pernah mengumumka­n tarikh rasmi bagi aksi separuh akhir itu. Jadi, ini bukan pindaan atau penundaan jadual,” katanya, semalam.

Kelmarin, PAFA menerusi presidenny­a, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan memohon keputusan daripada FMLLP berkenaan rayuan pihaknya untuk mengekalka­n tarikh 14 Oktober bagi aksi separuh akhir pertama berdepan Johor DT di Stadium Perak, Ipoh.

Pemain bagi empat pasukan separuh akhir Piala Malaysia terbabit dengan skuad kebangsaan termasuk enam daripada Kedah dan Johor DT, Perak (empat) dan FELDA United

(satu).

Ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang

 Kevin nafi kenyataan PAFA, FMLLP tunda aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia

menganggap tarikh 15 Oktober itu dipilih kerana FMLLP mahu memberi keistimewa­an kepada Johor DT, Kevin bagaimanap­un menjelaska­n tuduhan itu tidak berasas.

“Tiada istilah memberi keistimewa­an kepada mana-mana pasukan. Sebelum ini kami menolong banyak pasukan dalam Liga Malaysia termasuk Perak sendiri.

“Contohnya kita sudah tolong PKNP FC, Perak, ATM, dan MISC-MIFA ketika mereka berdepan masalah untuk mendapatka­n gelanggang perlawanan.

“Namun, kenapa orang tidak bercakap mengenai FMLLP bertindak berat sebelah terhadap pasukan ini? Tapi orang hanya membuat tuduhan kepada kami apabila membabitka­n Johor DT,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Perak Nasir Basharuddi­n (kanan) ketika menentang Pahang dalam aksi Liga Super.
PEMAIN Perak Nasir Basharuddi­n (kanan) ketika menentang Pahang dalam aksi Liga Super.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia