Harian Metro

Nasriq mohon maaf gagal lonjak Jang

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: “Memang rasa kecewa sangat atas kegagalan membawa pasukan ke Liga Super musim depan kerana sememangny­a itu adalah impian dan sasaran kami sebaik saingan liga membuka tirainya awal Februari lalu,” kata kapten Negeri Sembilan, Nasriq Baharom.

Tonggak pertahanan berpengala­man itu berkata, walaupun usaha dan komitmen tinggi sudah diberikan sepanjang saingan Liga Perdana musim ini, namun sasaran itu gagal direalisas­ikan.

“Pada peringkat awal liga, pasukan kami konsisten dalam setiap perlawanan apabila

melakar lapan kemenangan berturut-turut dan terus mendominas­i puncak carta untuk suatu tempoh yang agak panjang.

“Prestasi terbaik itu bagaimanap­un tidak dapat dikekalkan pada fasa kedua liga, apabila beberapa keputusan tidak menyebelah­i kami.

“Selain itu, disusuli pula faktor kecederaan yang menimpa beberapa pemain termasuk tonggak import yang jelas memberi kesan ketara kepada kekuatan pasukan, hingga mengakibat­kan kami banyak kehilangan mata,” katanya.

Menurut Nasriq, prestasi yang dipamerkan Negeri Sembilan sebenarnya tidak begitu jauh dengan pasukan lain apabila mencatatka­n jumlah bolos yang kecil, namun angkara keputusan seri yang tinggi, meletakkan mereka ketinggala­n dengan pencabar utama seperti Kuala Lumpur, Terengganu dan PKNP FC.

Pemain kelahiran Kuala Selangor berusia 30 tahun

itu berkata, dia dan rakan lain memohon maaf terutama kepada Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan dan pengurusan pasukan serta penyokong kerana gagal membawa pasukan layak ke Liga Super.

“Walaupun rasa perit tapi kami terpaksa akur dengan kegagalan ini dan memohon maaf kepada pihak pengurusan terutama kepada Datuk Seri Presiden, kerana gagal meletakkan Negeri Sembilan di landasan kejayaan seperti diharapkan,” katanya.

Negeri Sembilan yang dibimbing Mohd Asri Ninggal menduduki tangga keempat carta selepas menamatkan perlawanan ke-21 dengan mengumpul 41 mata hasil 11 kemenangan, lapan seri dan dua tewas.

Skuad berkenaan bakal menamatkan kempen musim ini dengan bertemu Sabah di gelanggang lawan pada 20 Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia