Harian Metro

PBSNT mahu Irfan kekal

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: “PBSNT (Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu) pasti akan membuat keputusan terbaik berhubung kontrak ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim

“Jika peminat mahukan Terengganu menang sepuluh kali, PBSNT lebih lagi iaitu kami mahu menang sebanyak 100 kali. Oleh itu, saya harap peminat setia Terengganu bersabar dan menyerahka­n kepada kami untuk membuat keputusan berkaitan kontrak jurulatih itu (Irfan Bakti),” kata Timbalan Presiden 1 PBSNT, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Beliau berkata demikian bagi meleraikan kebimbanga­n peminat setia skuad Peteh Terengganu Peteh

(gambar tengah).

berkaitan kemungkina­n jurulatih kesayangan mereka bakal membimbing pasukan lain musim depan.

Kebimbanga­n peminat setia skuad Penyu itu berasas apabila Irfan Bakti sebelum ini memaklumka­n beliau belum lagi membuat keputusan muktamad sama ada akan terus kekal bersama skuad Penyu musim depan ataupun meninggalk­an pasukan.

Ketua jurulatih itu berkata demikian kerana setakat ini beliau masih belum menerima tawaran baru daripada PBSNT sedangkan kontraknya akan berakhir pada penghujung November depan selepas setahun mengikat kontrak bersama skuad Penyu.

Terdahulu, sentuhan magis jurulatih berusia 66 tahun itu berjaya membawa semula skuad Penyu ke pentas Liga Super musim depan selepas tersingkir ke Liga Perdana musim ini.

Lebih menggembir­akan, skuad kendalian Irfan Bakti berpeluang dinobatkan sebagai juara seandainya berjaya mengikat pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dalam aksi terakhir sambil mengharapk­an pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur tewas kepada Johor Darul Ta’zim II.

Mengulas lanjut, Wan Nawawi menyatakan, selepas ini PBSNT akan berbincang dengan ketua jurulatih berhubung kontraknya musim depan bersama pasukan Terengganu.

“Selain jurulatih, kami juga akan bincang kontrak pemain dan secara jujurnya kami berpuas hati dengan prestasi Irfan Bakti yang dilantik sebagai ketua jurulatih dan pengurus musim ini,” kata Wan Nawawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia