Harian Metro

Nafi Selangor dalam krisis

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

 Abdul Rauf sangkal isu masalah gaji atau pembayaran bonus pemain

Pengurus Selangor, Abdul Rauf Ahmad menafikan khabar angin yang mengatakan skuad Red Giants dilanda krisis dalaman hingga mengakibat­kan mereka tewas lima perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan bulan lalu.

Keputusan buruk yang dilakar anak buah P Maniam itu menyebabka­n mereka gagal dalam usaha mengejar kedudukan naib juara Liga Super malah lebih mengecewak­an apabila terkandas di suku akhir Piala Malaysia menerusi agregat 2-4 kepada Kedah.

Rauf berkata, tiada masalah dalam pasukan melainkan prestasi tidak konsisten pemain yang menyumbang kepada kemerosota­n itu.

“Saya menyangkal apa saja dakwaan buruk kepada pasukan. Kita tak ada krisis dalaman atau luaran. Kita bermain baik tapi gagal menjaringk­an gol. Tiada isu masalah gaji atau pembayaran bonus pemain.

“Saya fikir persembaha­n pasukan agak turun naik. Ada kalanya kita bermain bagus dan mengalahka­n pasukan kuat seperti Johor DT (Darul Ta’zim). Kalau kita lihat, apabila liga bersambung selepas Aidilfitri, kita menang tujuh perlawanan tapi apabila liga bersambung selepas rehat Sukan SEA, kita kalah semua perlawanan.

“Banyak faktor yang perlu kita kaji untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” katanya kepada Arena Metro.

Ketika ini Red Giants menduduki tangga keenam liga dan mempunyai baki satu perlawanan menentang Pulau Pinang pada 28 Oktober depan.

Meskipun gagal memenangi sebarang kejuaraan musim ini, Rauf tetap menganggap ia satu pencapaian baik Selangor jika mengambil kira masalah kewangan yang dialami sebelum saingan bermula.

“Saya berpuas hati walaupun kita cuba juga untuk memenangi piala biarpun berdepan pelbagai masalah yang timbul. Kita akan merancang persiapan lebih baik tahun depan,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Rauf (gambar kecil) akui aksi pemain Selangor tidak konsisten.
ABDUL Rauf (gambar kecil) akui aksi pemain Selangor tidak konsisten.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia