Harian Metro

Mahu pemain fokus benam Perak

-

Kuantan: Penolong jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddi­n Rosdi mahu pemain kekal fokus pada perlawanan terakhir Liga Super bertemu Perak di Stadium Darul Makmur, 28 Oktober ini.

Bekas pemain kebangsaan dan Pahang itu berkata, ini kerana FELDA United FC yang

(gambar)

berada di tangga ketiga mampu memintas Pahang selepas kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan tiga mata.

Katanya, biarpun The Fighters dilihat sukar untuk memintas kedudukan itu kerana perbezaan jumlah jaringan yang agak besar, namun ia tidak mustahil berlaku.

“Dalam bola sepak, apa-apa boleh terjadi dan tiada yang mustahil untuk FELDA United mencipta kemenangan besar pada perlawanan terakhir mereka.

“Oleh itu, saya mahu pemain mengekalka­n prestasi terbaik mereka terutama menamatkan aksi liga musim ini dengan kemenangan terutama di laman sendiri.

“Sudah pasti kami mahu menang untuk mengesahka­n kedudukan selaku naib juara Liga Super musim ini,” katanya.

Setakat 21 perlawanan, Pahang menduduki tangga kedua dengan mengutip 39 mata manakala pesaing terdekat, FELDA United FC di tangga ketiga dengan 36 mata.

Justeru, Shaharuddi­n berkata, sebaik skuad kembali menyambung latihan pada 9 Oktober ini, komitmen tinggi perlu dipamerkan pemain.

“Mereka tidak boleh selesa sebaliknya berusaha untuk mencatat kemenangan ke atas FELDA sebagai pencetus semangat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia