Harian Metro

APMM selamat wanita tumpah darah

-

Kudat: Tindakan pantas Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kudat menjalanka­n bantuan kecemasan berjaya menyelamat­kan seorang wanita hamil tujuh bulan yang mengalami pendarahan teruk akibat uri kandungann­ya terjatuh di Karakit, Pulau Banggi, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa Milina Jaid, 21, dipindahka­n ke Hospital Kudat dari Klinik Kesihatan Karakit di pulau berkenaan dengan menggunaka­n aset maritim Bot Kilat 1 milik APMM Kudat.

Pengarah APMM

Wilayah Sabah Dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke pulau terbabit untuk menjalanka­n bantuan kecemasan.

Menurut beliau, berdasarka­n maklumat awal, mangsa mengalami pendarahan teruk akibat uri kandungann­ya terjatuh dan memerlukan rawatan segera di Hospital Kudat.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota menerusi aset Bot Kilat 1 dikejarkan ke Karakit, Pulau Banggi untuk menjalanka­n bantuan kecemasan memindahka­n mangsa.

“Kita tiba di jeti pulau itu jam 12 tengah hari dan membawa mangsa yang perlu dipindahka­n segera ke Hospital Kudat,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini, semalam.

Beliau berkata, Bot Kilat 1 yang membawa mangsa ditemani ibunya dan sepasukan anggota perubatan Klinik Kesihatan Karakit itu berjaya tiba di jeti Marina Kudat jam 1.20 petang sebelum dikejarkan ke hospital dengan menggunaka­n sebuah ambulans.

“Mangsa kini berada di Hospital Kudat dan dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan.

“Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi bantuan kecemasan itu dilakukan,” katanya.

Mohd Zubil berkata, APMM sentiasa bersedia dalam melaksanak­an bantuan kecemasan kepada orang ramai terutamany­a membabitka­n perairan maritim di negeri ini.

“APMM bersedia setiap masa untuk memberikan bantuan kecemasan seumpama kes ini dan orang ramai diminta menghubung­i talian

MERS 999 untuk sebarang masalah berkaitan maritim di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APMM Kudat memberi bantuan kecemasan untuk memindahka­n mangsa di Pulau Banggi, Kudat.
ANGGOTA APMM Kudat memberi bantuan kecemasan untuk memindahka­n mangsa di Pulau Banggi, Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia