Harian Metro

Penuhi selera pembaca setia

-

Kuching: Selepas dua hari versi digital Harian Metro (HM) bertapak di Sarawak, pembaca setia akhbar ini menerima baik perubahan yang dilakukan.

Pembaca juga gembira kerana versi ini memenuhi selera pembaca masa kini yang lebih cenderung dengan pemeroleha­n berita secara talian.

Penjawat awam, Sulaiman Osman, 56, berkata, dia tidak terkejut dengan perubahan itu kerana menyedari dunia sudah berubah.

“Sebagai orang lama, saya sebenarnya memilih untuk membaca edisi cetak, tetapi saya perlu menerima hakikat dunia sekarang sudah berubah.

“Tetapi, apabila saya mencuba menggunaka­n edisi digital, ia nampaknya lebih menarik. Edisi terdahulu pun boleh diakses, saya berpuas hati dengan perubahan ini,” katanya, semalam.

The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menawarkan hanya versi digital kepada akhbar perdananya di Sabah dan Sarawak, bermula Ahad lalu.

Selain Harian Metro, semua naskhah akhbar NSTP iaitu New Straits Times dan Berita Harian kini hanya boleh dilanggan melalui versi digital.

Di Miri, pembaca setia Harian

Metro, Muhamad Hafidzzul Jimat, 26, berkata, peralihan ke versi digital tidak memberi kesan terhadapny­a kerana dia sudah memuat turun aplikasi HM ePaper sejak awal tahun lalu menerusi telefon pintarnya.

Katanya, dia juga lebih selesa menggunaka­n edisi digital kerana semuanya hanya di hujung jari selain menarik kerana semua paparan muka surat berwarna dan jelas.

“Saya yakin semua pembaca Harian Metro di Sarawak dan Sabah menerima baik perubahan ini.

“Bukan saja industri percetakan, semua industri kini juga sudah berubah dan beralih kepada edisi digital. Jadi, apa yang dilakukan Harian Metro tepat pada masanya,” katanya.

Sebagai promosi, NSTP menawarkan langganan percuma kepada pembaca ketiga-tiga akhbar ini selama sebulan.

 ??  ?? MUHAMAD Hafidzzul menunjukka­n aplikasi HM ePaper di telefon pintarnya.
MUHAMAD Hafidzzul menunjukka­n aplikasi HM ePaper di telefon pintarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia