Harian Metro

Adik parah, kakak cedera nahas motor

-

Papar: Perjalanan pulang dua beradik bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka parah selepas motosikal dinaiki merempuh kenderaan di Jalan Kampung Pantai Manis, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.15 petang, mangsa Amirul Hazami, 16, parah di kaki dan badan manakala kakaknya, Amira Hazami, 18, cedera ringan.

Bagaimanap­un, mereka dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Papar.

Difahamkan, dua beradik menunggang Suzuki Smash itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pantai Manis dari pekan Papar manakala Daihatsu Charade dipandu lelaki berusia 18 tahun dari laluan sama.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa hendak memasuki simpang kanan namun akibat jarak terlalu dekat, motosikal mereka gagal mengelak lalu merempuh belakang kenderaan.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa terhumban lalu terpelosok di bawah perhentian bas di lokasi kemalangan manakala kereta terbabit terbabas ke bahu jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Janil Jaya mengesahka­n kejadian itu.

“Kami terima panggilan kecemasan jam 6.29 petang daripada penduduk kampung.

“Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari BBP Papar dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam. Permintaan penduduk Kampung Semariang Batu, di sini, yang mahu desa mereka dijadikan Kampung Nelayan Moden sedia diusulkan kepada kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau menyokong cadangan itu dan menyuaraka­nnya kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari

Abang Openg.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, ia juga bermanfaat dalam meningkatk­an sosioekono­mi penduduk setempat.

“Saya menyokong apa saja yang memberikan kebaikan kepada masyarakat di kampung ini.

“Tambahan pula, usaha menjadikan kampung ini sebagai perkampung­an nelayan moden membantu menyumbang kepada pembanguna­n sosioekono­mi penduduk,” katanya ketika merasmikan penutupan Pertanding­an Memancing Terbuka Sungai Semariang Batu, di sini, kelmarin.

 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu di Jalan Kampung Pantai Manis, Papar.
KEADAAN motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu di Jalan Kampung Pantai Manis, Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia