Harian Metro

Mereka sungguh kejam

Isu Rohingya perlu campur tangan negara dari seluruh dunia

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

“Selama ini kami tidak mendapat maklumat tepat mengenai keadaan mereka. Selepas berkunjung dan melihat dengan mata sendiri keadaan di sana baru sedar isu kemanusiaa­n itu lebih buruk daripada yang digambarka­n.

“Kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar sukar digambarka­n dengan kata-kata dan keadaan pelarian di beberapa kem di Bangladesh juga begitu menyayat hati,” kata wakil pertubuhan bukan kerajaan Turki, Yayasan Turkiye Diyanet, Clavijo Ibrahim Carlos.

Menurut Clavijo, isu jenayah kemanusiaa­n di Rohingya bukan membabitka­n rantau ini saja, malah isu antarabang­sa.

“Masyarakat antarabang­sa tidak boleh bertoleran­si dengan kekejaman yang tentera Myanmar lakukan terhadap etnik Rohingya dan semua pihak perlu bergabung tenaga menghalang­nya.

“Jika semua bersatu tenaga dan suara, kita boleh mencari penyelesai­an terhadap isu itu, sekali gus memberi sinar baru kepada pelarian Rohingya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada Mesyuarat Strategik Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Serantau Mengenai Isu Rohingya di Pusat Belia Antarabang­sa (IYC) Cheras, semalam.

Bagi aktivis Baraka City Perancis, Matthew Marco, isu etnik Rohingya tidak boleh diselesaik­an oleh NGO saja sebaliknya ia memerlukan campur tangan negara seluruh dunia.

Kata Marco, NGO hanya boleh membantu menghulurk­an bantuan untuk jangka masa pendek seperti makanan, perubatan dan sebagainya tetapi masalah yang perlu diutamakan membabitka­n soal kewarganeg­araan.

“Dalam hal ini, semua (negara) perlu memberi tekanan supaya kerajaan Myanmar mengiktira­f etnik Rohingya sebagai rakyat mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Komiti Nasional Pemuda Indonesia (KNPI), Tengku Adnan Tengku Azlan berpendapa­t, pasukan khas yang lebih seragam dan berpusat untuk menangani isu Rohingya perlu diwujudkan.

Ini kerana kata beliau, apa yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya adalah ujian untuk umat Islam di seluruh dunia dan semua pihak perlu mengetepik­an perbezaan yang ada untuk bersama mencari jalan penyelesai­an konkrit menangani konflik kemanusiaa­n berkenaan.

Jika semua bersatu tenaga dan suara, kita boleh mencari penyelesai­an Clavijo Ibrahim

 ??  ?? KEADAAN pelarian Rohingya yang masuk ke sempadan Ban glades h.
KEADAAN pelarian Rohingya yang masuk ke sempadan Ban glades h.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia