Harian Metro

50 KORBAN TEMBAKAN DI LAS VEGAS

Penembak di tingkat 32 hotel bedil pengunjung festival muzik country

- Reuters

Sekurang-kurangnya 50 orang maut dan 406 cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dari bilik hotel di tingkat 32 ke arah kira-kira 22,000 pengunjung festival muzik country di Las Vegas Strip.

Jumlah kematian itu - walaupun diakui mungkin meningkat menjadikan­nya serangan tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), menjangkau­i pembunuhan 49 orang di sebuah kelab malam di Orlando, tahun lalu.

Ribuan yang orang panik bertempiar­an menyelamat­kan diri termasuk saling merempuh dalam pada anggota keselamata­n bergegas mengesan penyerang berkenaan.

Lelaki itu ditemui mati di dalam bilik hotelnya, dipercayai kerana membunuh diri. Polis turut menemui sejumlah senapang di dalam bilik berkenaan.

Polis mengenal pasti penembak berkenaan sebagai penduduk tempatan, Stephen Paddock, 64, tetapi tidak menyatakan motifnya selain percaya dia bertindak sendirian tanpa sebarang kaitan dengan kumpulan militan, kata Syerif Daerah Clark, Joseph Lombardo.

Lombardo turut menafikan khabar angin mengenai kejadian tembakan lain atau letupan seperti bom kereta di kawasan itu.

Sehingga waktu Subuh, polis masih mencari orang yang bersembuny­i ketika tembakan dilepaskan.

Sementara itu, Presiden Donald Trump mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa.

“Simpati dan takziah saya untuk keluarga mangsa tembakan yang dahsyat ini.

“Moga tuhan merahmati anda” katanya di Twitter.

Las Vegas adalah bandar peranginan utama terkenal dengan perjudian, beli-belah dan hiburan waktu malam, yang penuh dengan orang ramai ketika kejadian jam 10 malam (waktu tempatan) itu.

Kejadian tembakan berkenaan berlaku di luar Mandalay Bay Resort dan Kasino di Nevada pada malam terakhir festival tiga hari Route 91 Harvest, acara laris yang dihadiri ribuan orang serta menampilka­n artis terkenal dalam muzik country.

Media Amerika Syarikat termasuk Fox News, melaporkan penyanyi Jason Aldean sedang melakukan persembaha­n ketika tembakan berlaku, tetapi sempat keluar dari pentas dengan selamat.

CNN melaporkan semua artis yang hadir pada acara itu juga selamat.

Sementara itu, Lombardo berkata, tembakan itu datang dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay, manakala penyerang berkenaan ditemui mati selepas biliknya diserbu polis.

Polis berkata, tiada maklumat yang menunjukka­n motif tembakan.

Kejadian berkenaan sekali gus mengingatk­an pada kejadian tembakan besar-besaran yang berlaku di konsert rock di Paris pada November 2015 yang mengorbank­an 89 orang, sebahagian daripada beberapa siri serangan oleh kumpulan militan.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Christine berkata, dia dan suaminya membawa dua mangsa tembak ke dua hospital secara berasingan.

“Tembakan dilepaskan secara berterusan. Semua orang menjerit supaya kami semua lari,” katanya.

Keluarga suspek yang terkejut mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami tidak tahu (apa-apa) dan sangat keliru serta terkejut,” kata abangnya Eric.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai bertempiar­an melarikan diri. - AFP David Becker
ORANG ramai bertempiar­an melarikan diri. - AFP David Becker
 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n membawa seorang mangsa menaiki kereta sorong untuk mendapatka­n bantuan. - Daily Mail
ANGGOTA keselamata­n membawa seorang mangsa menaiki kereta sorong untuk mendapatka­n bantuan. - Daily Mail
 ??  ?? PENGUNJUNG membantu rakan mereka yang cedera. - Daily Mail
PENGUNJUNG membantu rakan mereka yang cedera. - Daily Mail
 ??  ?? SEORANG lelaki baring di atas seorang wanita untuk melindungi­nya daripada tembakan. - AFP
SEORANG lelaki baring di atas seorang wanita untuk melindungi­nya daripada tembakan. - AFP
 ??  ?? POLIS mengawal keselamata­n di jalan selepas kejadian itu. - AFP David Becker
POLIS mengawal keselamata­n di jalan selepas kejadian itu. - AFP David Becker

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia