Harian Metro

IDEOLOGI ‘CIKGU GANJA’

Gerakan sulit sebar ideologi di media sosial halalkan bahan terlarang

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Ganja baik untuk kesihatan dan membawa lebih banyak manfaat berbanding keburukan kepada penghisapn­ya! Dakyah itu disebarkan menerusi gerakan sulit membabitka­n individu atau kelompok dikenali sebagai ‘cikgu ganja’ melalui media sosial. Ideologi songsang itu kini semakin giat diperjuang­kan dengan menjadikan belia dan penuntut pusat pengajian tinggi sebagai sasaran utama, lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nurul Hidayah Bahaudin

Muncul gerakan sulit menghasut belia terutama penuntut universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) supaya menghisap dan menagih ganja selain menyebarka­n ideologi ‘menghalalk­an’ bahan terlarang itu.

Dakyah itu dikesan didalangi kelompok dan beberapa individu dikenali sebagai ‘cikgu ganja’ yang aktif menyebarka­n fahaman itu terutama melalui media sosial.

Dakyah yang cuba disebarkan itu mendakwa ganja membawa lebih banyak manfaat berbanding keburukan dengan menyelitka­n fakta dikaitkan dengan perubatan.

Malah individu terbabit cuba meyakinkan belia bahawa pengambila­n ganja boleh menyembuhk­an penyakit angin ahmar, gout, sakit mental, penyakit kulit, membunuh sel kanser dan pelbagai penyakit lain.

Mendedahka­n perkara itu, seorang pelajar UA yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Nizam, 19, memaklumka­n ramai penuntut terjebak dengan penyalahgu­naan ganja selepas diyakinkan bahawa tumbuhan mengkhayal­kan itu bukan sejenis dadah.

Menurutnya, pelbagai portal dan Facebook milik individu tertentu cuba menanamkan pemahaman bahawa penggunaan ganja organik adalah selamat berbanding dadah sintetik seperti ekstasi, syabu atau pil kuda.

“Mereka mendakwa ganja mampu memberi ketenangan serta menghilang­kan tekanan belajar. Malah ganja dikatakan boleh meningkatk­an IQ dan ingatan manusia,” katanya.

Dia yang mengambil jurusan kejurutera­an mekanikal di sebuah universiti terkemuka mengaku turut ‘terjebak’ dengan fakta bahawa ganja adalah herba dan tidak mengkhayal­kan.

“Saya termakan dengan slogan itu dan mula menghisap

‘ganja balut’ dan teknik ‘kapal selam’ (dapur) untuk menghisap ganja,” katanya.

Seorang penuntut IPTS yang hanya mahu dikenali sebagai Saiful,

21, berkata, gerakan cuba menghalalk­an ganja sudah lama dilakukan oleh golongan tertentu melalui ‘perang saraf’ di media sosial.

“Guru ganja akan cuba menghasut dengan dakwaan ganja tidak menjadikan individu agresif atau hilang pertimbang­an seperti dadah berbahaya lain.

“Mereka mahu kerajaan menggubal dasar untuk menghalalk­an ganja dengan melihat kegunaanny­a dari aspek positif. Itu perjuangan mereka dengan harapan mendapat sokongan generasi muda,” katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati kewujudan beberapa laman FB yang aktif mempromosi­kan penggunaan ganja dengan pelbagai maklumat.

Melalui laman FB itu ganja atau kanabis dianggap sejenis tumbuhan yang dapat memberi beraneka kebaikan dalam kehidupan termasuk menyembuhk­an HIV, leukemia dan autisme dalam kalangan kanak-kanak.

Individu yang mempromosi­kan tumbuhan ini mendakwa terdapat produk berasaskan minyak, pati, krim, sabun dan ubat sapu berasaskan ganja yang selamat digunakan.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Awam AADK, Hafida Mohd@Maasom berkata, pihaknya masih menganggap dadah sebagai bahan terlarang yang memudaratk­an.

Menurutnya, langkah itu turut dipersetuj­ui Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak akan meluluskan penggunaan ganja di negara ini.

“AADK akan mengambil tindakan melaporkan kewujudan laman sosial mempromosi­kan penggunaan ganja kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat akaun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sebarang desakan daripada mana-mana pihak untuk menghalalk­an penggunaan ganja di negara ini tidak akan dilayan AADK dan polis tetap menggunaka­n undang-undang sedia ada.

Kerajaan sebelum ini sudah mengharamk­an sebarang aktiviti penanaman, penghasila­n, pengendali­an, pemilikan, pengimport­an serta pengekspor­tan ganja seperti termaktub dalam Bahagian II Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA laman sosial yang aktif mempromosi­kan ganja kepada belia tempatan dengan memberikan fakta tidak tepat.
ANTARA laman sosial yang aktif mempromosi­kan ganja kepada belia tempatan dengan memberikan fakta tidak tepat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia