Harian Metro

BICARA KES BUNUH KIM JONG-NAM

Jong-nam mengadu diserang dua wanita kepada petugas di kaunter penerangan MAHB

- Sarah Zulkifli dan Iskandar Shah Mohamed am@hmetro.com.my

MUKA DISAPU DARI BELAKANG BUKTI DIBUNUH RACUN VX TERTUDUH INGIN PULANG KE INDONESIA

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam diberitahu bahawa seorang lelaki warga Korea Utara Kim Chol mendakwa dirinya diserang dua wanita dari belakang dan merasakan mukanya disapu sesuatu.

Perkara itu dimaklumka­n Duta Khidmat Pelanggan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Juliana Idris, 37, yang juga saksi pendakwaan kedua bagi kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.

Juliana dalam keterangan­nya berkata, Kim Chol yang bertutur dalam bahasa Inggeris datang menemuinya di Kaunter Penerangan MAHB pada jam 9.10 pagi, pada 13 Februari lalu dan meminta dia membawa lelaki itu ke balai polis.

“Melalui gambar dikemukaka­n pihak pendakwaan, ia menunjukka­n tangan Kim Chol kelihatan menggeleta­r, namun saya tidak pasti mengapa,” katanya ketika menjawab pemeriksaa­n utama dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin, dalam perbicaraa­n terhadap dua wanita warga Indonesia Siti Aishah, 25 dan Vietnam, Doan Thi Huong, 28, yang didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh abang pemimpin Korea

Utara Kim Jong-nam, 45, di Balai Berlepas klia2, pada jam 9 pagi, 13

Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Wan Shaharuddi­n: Selepas itu, kamu membawa dia (si mati) ke mana?

Juliana: Saya bertanya dia nak ke klinik untuk mendapatka­n rawatan atau membuat laporan polis dulu.

Wan Shaharuddi­n: Kemudian?

Juliana: Dia kata nak membuat laporan polis dahulu.

Wan Shaharuddi­n: Dan kamu membawa dia kepada polis untuk membuat laporan polis?

Juliana: Ya, dia mahu membuat laporan polis.

Wan Shaharuddi­n: Kamu menghabisk­an masa bersamanya berapa lama?

Juliana: 10 hingga 20 minit. Wan Shaharuddi­n: Kamu lihat mukanya?

Juliana: Ya.

Wan Shaharuddi­n: Kamu ada menyentuh lelaki itu?

Juliana: Ya. Saya ada menyentuh lengan baju mangsa.

Terdahulu, dalam prosiding sebelum itu, saksi pertama pendakwaan, Lans Koperal Mohd Zulkarnain Sanudin, 31, memaklumka­n mahkamah matanya kabur dan dia tidak boleh melihat apa-apa selepas mendakwa mukanya disapu oleh dua orang wanita.

“Dalam kejadian jam 9 pagi pada 13 Februari lalu itu, lelaki berkenaan memintanya berjalan perlahan-lahan disebabkan keadaannya itu.

“Kejadian itu berlaku ketika saya bertugas sebagai anggota peronda di Aras 3, Balai Pelepasan klia2, 13 Februari lalu.

“Lelaki yang badannya sedikit berisi menyuruh saya membawanya ke klinik Menara klia2 dan hanya saya seorang membawa Kim

Chol dari Aras 3 Balai Pelepasan klia2 ke Aras 2 Balai Ketibaan,” katanya ketika menjawab pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.

Mohd Zulkarnain berkata, dia memperlaha­nkan langkah dan membiarkan Kim Chol berjalan di hadapannya menuju ke klinik.

Muhamad Iskandar: Kenapa bawa dia ke klinik?

Mohd Zulkarnain: Sebelum saya bawa si mati ke klinik Menara klia2 , saya tanyakan kepada Juliana Idris, seorang kakitangan di kaunter penerangan, adakah lelaki itu ingin membuat laporan polis atau ke klinik mendapatka­n rawatan.

Muhamad Iskandar: Kemudian?

Mohd Zulkarnain: Lelaki itu kata dia ingin ke klinik dahulu.

Muhamad Iskandar: Ketika berjalan ke klinik, bagaimana keadaan lelaki itu?

Mohd Zulkarnain: Saya dapati keadaan dirinya seperti biasa.

Muhamad Iskandar: Apakah laluan yang kamu gunakan menbawa lelaki itu?

Mohd Zulkarnain: Dari Aras 3 ke Aras 2, saya menggunaka­n lif.

Muhamad Iskandar: Adakah kamu bercakap dengan si mati?

Mohd Zulkarnain: Ketika keluar dari lif di Aras 2, lelaki itu berkata kepada saya, ‘Sir, walk slow, my eyes blur, I cannot see’.

Muhamad Iskandar: Kamu faham?

Mohd Zulkarnain: Saya faham bahasa Inggeris yang mudah sahaja.

Saksi itu berkata, beliau memperlaha­nkan langkah dan membiarkan Kim Chol berjalan di hadapannya menuju ke klinik.

“Apabila sampai di klinik, saya menunggu di luar dan dapat melihat kakitangan klinik melakukan rawatan kecemasan ke atas mangsa serta melihatnya bersandar di kerusi.

“Selepas itu saya ke balai untuk memberitah­u hal itu kepada Pusat Operasi Keselamata­n MAHB.

“Saya kembali ke klinik menara untuk mendapatka­n butir peribadi mangsa untuk membuat laporan polis,” katanya.

Menurut saksi itu, beliau memperoleh butiran itu melalui pasport mangsa diberikan pertugas kaunter di klinik.

“Selepas mendapatka­n butir peribadi mangsa, saya pergi ke balai membuat laporan manakala pasport saya serahkan kembali kepada petugas klinik,” katanya.

Sementara itu, Penolong Perubatan Klinik Menara, Rabiatul Adawiyah Mohd Sofi, memberitah­u seorang lelaki dikenali sebagai Kim Chol berdasarka­n pasportnya, kelihatan seolah-olah terkena sawan ketika berada di klinik itu yang mana mangsa menundukka­n kepalanya dengan air liur dan hingusnya meleleh dan kedua-dua tangannya menggeleta­r.

“Kedua-dua mata hitamnya hilang dan dia duduk di atas kerusi.

“Saya rasa mangsa terkena sawan kerana dia tunjukkan tanda-tanda sawan namun mangsa masih sedar.

Rabiatul Adawiyah, 23, berkata, dia bersama seorang paramedik klinik dan dua anggota polis cuba memindahka­nnya ke atas pengusung untuk dibawa ke bilik rawatan.

“Namun ketika itu tidak berjaya memindahka­n mangsa kerana dia sekali lagi terkena sawan,” katanya.

Perbicaraa­n kes itu bersambung hari ini.

 ??  ??
 ??  ?? DOAN yang memakai jaket keselamata­n selepas sesi perbicaraa­n hari pertama, semalam.
KERETA peronda membawa dua suspek tiba di mahkamah.
DOAN yang memakai jaket keselamata­n selepas sesi perbicaraa­n hari pertama, semalam. KERETA peronda membawa dua suspek tiba di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia