Harian Metro

Wawasan tukang gunting Jalan Melayu

-

Salam sejahtera. Aku nak kongsi cerita menarik. Kisah tukang gunting rambut. Kita semua gunting rambut, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Kecuali mereka yang betul-betul botak. Bagi mereka yang sengaja melicinkan kepala dengan bercukur, mereka juga pergi ke kedai gunting untuk membersihk­an kepala supaya nampak kemas.

Kebanyakan orang pergi gunting yang mana tukang gunting orang India. Memang banyak kedai gunting India. Lengkap dengan lampu neon yang sinonim dengan kedai gunting. Ramai kanak-kanak terpegun melihat lampu neon yang berpusing seolah-olah menaiki tangga menuju ke awan!

Satu masa dulu, aku pun gunting dengan tukang gunting India. Kedainya wangi dan siap dengan hawa dingin. Lagu berkemunda­ng dari radio yang menyajikan lagu India dan Hindustan.

Aku berhenti gunting di kedai gunting India apabila aku bertemu Kai, atau nama penuhnya Khairudin Kahar. Kai mempunyai pengalaman gunting rambut kira-kira 30 tahun! Bayangkan berapa banyak kepala dia dah cuci dan kasi bersih!

Kalau anda bukan pelanggann­ya yang setia, anda mungkin tak nampak kedai si Kai ni. Kedainya tersorok di celah-celah pusat beli-belah yang sentiasa sibuk iaitu di antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. Kalau nak mudah cari, kedainya terletak di lorong kecil depan panggung wayang Coliseum.

Kedai Kai sebaris dengan kedai yang jual baju Melayu, songkok, capal, tudung dan pakaian yang biasanya dibeli masyarakat

Melayu seperti kain sarong, baju batik dan butang baju Melayu.

Kai sudah gunting rambut di situ banyak tahun. Kira-kira 15 tahun dulu, ada lebih kurang 10 hingga 15 kedai gunting rambut Melayu di situ. Kawasan itu memang terkenal sebagai lorong gunting rambut Melayu. Ada yang boleh bertahan dan ada yang tidak.

Bagi mereka yang sudah berumur (maksud aku yang dah tua), mereka mungkin ingat Jalan Melayu atau Malay Street dalam tahun 1960-an memang dipenuhi tukang gunting Melayu.

Mereka gunting di tepi jalan tanpa kedai. Mereka cuma ada satu bangku, cermin kecil, alatan mengguntin­g dan sebidang kain penutup badan supaya rambut tidak mengotori pakaian. Mereka beroperasi di bawah pokok besar yang rendang. Sambutan sangat baik dan ramai pelancong dalam dan luar negara ambil gambar kenangan di situ.

Mudah dan murah. Dari Jalan Melayu, ramai antara mereka berpindah ke lorong sekarang apabila gerai kecil dibina dan disewa kepada tukang gunting ini. Gerai ini muat untuk tiga kerusi maksimum. Tuan punya gerai boleh melayan pelanggan siang dan malam tanpa gangguan cuaca buruk seperti hujan dan panas terik.

Bagi Kai pula, dia keluarkan sedikit belanja untuk menaik-tarafkan kedainya. Sekarang dah ada hawa dingin, telefon dan sedikit hiasan dalaman. Kata Kai: “Saya nak jaga hati pelanggan. Saya ramai pelanggan setia. Yang dah berpuluh tahun pun ada. VIP pun ramai. Saya mahu mereka selesa dan saya juga selesa. Naik taraf usaha sendiri untuk keselesaan bersama.”

Kai menawarkan satu kelainan dalam khidmatnya. Pelanggan tak perlu beratur di luar kedai. Tak payah nak susah-susah tunggu giliran. Sekarang, pelanggan boleh telefon lebih awal untuk menetapkan hari dan waktu nak gunting rambut. Mudah untuk pelanggan, mudah juga untuk tukang gunting.

Setelah begitu lama bergunting dengan Kai, saya dapati dia juga mempunyai wawasan. Dia selalui menasihati pelanggan supaya menjaga penampilan diri. Dan rambut yang digunting dan disikat rapi memberi penampilan positif.

Kai bercita-cita untuk membuka akademi gunting. Sekarang dia juga mengajar anak-anak muda untuk menjadi usahawan melalui kemahiran mengguntin­g rambut. Kita perlu sedar bahawa tukang gunting luar semakin ramai. Kalau anak tempatan tidak belajar kemahiran ini, satu hari nanti ia akan hilang kerana tiada pelapis.

Kalau pihak yang berwajib seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh wujudkan satu kawasan khas untuk tukang gunting di bandar raya kita, aku rasa ia akan menjadi tarikan kuat untuk pelancong juga. Kalau London ada Harley Street (untuk klinik perubatan); Saville Row (untuk kedai jahit); mengapa Kuala Lumpur tak boleh ada Barbers Row (untuk kedai gunting)? Naikkan taraf kedai gunting untuk jadi satu lagi ‘penyeri’ KL!

 ??  ?? KAI melayan pelanggan setianya di lorong depan panggung wayang Coliseum, di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
KAI melayan pelanggan setianya di lorong depan panggung wayang Coliseum, di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia