Harian Metro

Perkukuh jenama

Inky mahu jalin kerjasama strategik buka 30 cawangan baru Kebab Turki Baba Rafi

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Inky Sdn Bhd (Inky), pemegang francais induk jenama Kebab Turki Baba Rafi berhasrat menjalinka­n kerjasama strategik dengan rakan perniagaan berpotensi bagi meluaskan pasaran jenama itu di Malaysia terutama di selatan tanah air.

Pengarah Urusannya Afandi Oh Omar Oh berkata, syarikat terbuka dengan sebarang bentuk kerjasama dalam usaha mengukuhka­n kehadiran jenama kebab itu selepas kejayaan meneroka pasaran Lembah Klang, Kelantan dan Kedah.

“Kami mengalu-alukan penyertaan syarikat dan individu yang berminat dalam program francais ini yang mampu memberi keuntungan lumayan dengan kos operasi dan penyelenga­raan rendah,” katanya.

Kebab Turki Baba Rafi adalah jenama francais dari Indonesia yang kini memiliki lebih 1,200 cawangan di sana dan turut meneroka pasaran negara lain termasuk Malaysia, Filipina, Singapura dan Brunei.

Beliau berkata, pada masa ini jenama itu memiliki 20 cawangan di negara ini dan ia dijangka bertambah kepada 30 lagi menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya, 10 cawangan baru Kebab Turki Baba Rafi akan dibuka dalam tempoh tiga bulan lagi dengan lokasi cawangan tertumpu di sekitar Lembah Klang.

“Mereka yang berminat menyertai program ini hanya perlu melabur modal RM100,000 bagi membuka cawangan baru di lokasi yang masih belum diterokai jenama ini,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Afandi berkata, syarikat berhasrat membuka cawangan kebab itu di rangkaian laluan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) pada masa depan.

“Kami lihat pembukaan cawangan di lokasi berkenaan menawarkan potensi jualan lebih baik dan menerima maklum balas positif seperti cawangan kami di pusat beli-belah ketika ini,” katanya.

 ??  ?? AFANDI Oh di cawangan Kebab Turki Baba Rafi di Sunway Putra Mall.
AFANDI Oh di cawangan Kebab Turki Baba Rafi di Sunway Putra Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia