Harian Metro

PETAKA TAMAN GEMBIRA

- Mazizul Dani dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Pencuci kereta maut selepas tong

air sabun rosak meletup Saya bersama tiga rakan lain sedang mencuci kereta sebelum letupan kuat berlaku. Kami bergegas memeriksa lokasi sebelum melihat mangsa terbaring dengan keadaan mukanya

dipenuhi darah

Muka hancur hingga mata turut tercabut keluar. Itu keadaan ngeri dialami seorang pekerja premis cuci kenderaan sejurus tong air berisi sabun meletup akibat kerosakan pada meter tekanan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari semalam, mangsa yang juga warga Bangladesh dikenali sebagai Kalam berusia 27 disahkan meninggal dunia di sebuah premis cuci kereta di Taman Gembira, Jalan Klang Lama, di sini.

Menurut anak saudara mangsa, Saddam, 23, letupan berlaku ketika mangsa sedang membaiki tong berkenaan yang rosak.

Katanya, tong yang digunakan untuk menyemburk­an buih sabun ke kenderaan baru sahaja digunakan di premis itu tujuh bulan lalu.

“Bagaimanap­un tong itu gagal berfungsi menyebabka­n Kalam cuba untuk membaikiny­a. Namun tong itu meletup secara mendadak.

“Saya bersama tiga rakan lain sedang mencuci kereta sebelum letupan kuat berlaku.

“Kami bergegas memeriksa lokasi sebelum melihat mangsa terbaring dengan keadaan mukanya dipenuhi darah.

“Kami mengalihka­n mangsa ke kawasan kaunter sebelum penyelia menghubung­i pihak ambulans. Mangsa disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Saddam berkata, bapa saudaranya itu sudah lapan tahun bekerja di negara ini dan bekerja di premis berkenaan sejak enam tahun lalu.

“Kami dimaklumka­n mayatnya dibawa ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Ruslan Khalid ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

 ?? Saddam ?? MANGSA disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tangki air sabun meletup di sebuah premis cuci kereta di Taman Gembira, Kuala Lumpur.
Saddam MANGSA disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tangki air sabun meletup di sebuah premis cuci kereta di Taman Gembira, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia