Harian Metro

Penyamun ditembak masih diburu polis

-

Georgetown: Polis meminta kerjasama orang ramai melaporkan sekiranya menemui seorang lelaki cuba mendapatka­n rawatan atau pembedahan di lengan bagi mengeluark­an peluru selepas ditembak dalam kejadian samun jongkong emas dan barang kemas bernilai RM1.9 juta di hadapan sebuah kilang emas di Jalan Siram Satu, Butterwort­h, 25 September lalu.

Lelaki berusia 20-an itu yang disyaki dalang utama dan masih belum diketahui identitiny­a dipercayai cedera selepas ditembak di lengan sebelum melarikan diri dengan suspek disyaki cuba mendapatka­n rawatan di klinik swasta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, polis mengenal pasti dua lelaki bagi membantu siasatan dan mereka dikenali sebagai K Joyo, 38, beralamat di No 14, Lorong 3, Taman Sri Permata, Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Mohd Amali Masturo, 30, dari Blok 6-10-14, Jalan 9/1188, Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

“Setakat ini, polis sudah menahan 11 orang termasuk tiga wanita berusia antara 26 dan 45 tahun di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan sejak 25 September lalu hingga semalam (kelmarin), sekali gus menemui semula dua jongkong emas serta beberapa barang kemas dipercayai barangan yang dirompak.

“Polis turut memburu beberapa individu lain dipercayai penjual dan pembeli barang kemas serta jongkong emas disamun dalam kejadian itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Menurutnya, semua suspek yang ditahan ditahan reman sehingga Rabu ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkawan dengan senjata kapal dan tukul besi yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun atau sebatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubung­i balai polis berdekatan atau

Pegawai Penyiasat Asisten Superinten­dan Winston anak Raip di talian 019-5796132 atau Pegawai Turus D9 IPK negeri Superinten­dan Wan Khairuddin Wan Idris di talian 017-5200074.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi pada 25 September lalu, dua pekerja kilang emas yang membawa beg berisi jongkong dan rantai emas diserang tiga perompak bersenjata­kan kapak dan tukul, manakala seorang lagi perompak berada di dalam kereta.

Polis turut memburu beberapa individu lain dipercayai penjual dan pembeli barang kemas serta jongkong emas disamun dalam kejadian itu”

Zainol Samah

 ??  ?? ZAINOL (kanan) menunjukka­n jongkong emas yang dirampas.
ZAINOL (kanan) menunjukka­n jongkong emas yang dirampas.
 ??  ?? BARANG kemas yang dirampas pada sidang media di IPK Pulau Pinang.
BARANG kemas yang dirampas pada sidang media di IPK Pulau Pinang.
 ??  ?? K Joyo
K Joyo
 ??  ?? MOHD Amali
MOHD Amali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia