Harian Metro

TRELER ‘MAKAN’ TUAN

- Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

Pemandu tercampak melalui cermin hadapan digilis lori sendiri

Akibat kepala treler dipandu terbuka secara mengejut, seorang lelaki maut digilis kenderaan dipandunya itu selepas tercampak keluar dalam kejadian di Kawasan Perindustr­ian Samalaju, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian 4 petang, treler dipandu Lee Ngan Cheang, 57, dikatakan bergerak sebelum tiba-tiba bahagian kepala kenderaan itu terbuka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Deputi Superinten­dan Bingkok John berkata, kejadian itu menyebabka­n mangsa terpelanti­ng keluar melalui cermin hadapan kenderaan berkenaan.

Menurutnya, selepas tercampak dari treler berkenaan, mangsa tidak sempat menyelamat­kan diri sebelum digilis tayar treler yang sedang bergerak ketika itu. “Akibat kemalangan berkenaan, mangsa parah di kepala dan badan. Pasukan paramedik mengesahka­n mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Masalah teknikal mungkin punca kepala treler itu terbuka, namun siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya, semalam.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan menggerakk­an anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui tersepit di bawah tayar dan bomba mengeluark­an mayat mangsa menggunaka­n peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Klinik Nyalau Samalaju,” katanya.

 ??  ?? LEE maut dalam kemalangan di Kawasan Perindustr­ian Samalaju.
Gambar kecil, anggota penyelamat mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit.
LEE maut dalam kemalangan di Kawasan Perindustr­ian Samalaju. Gambar kecil, anggota penyelamat mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit.
 ?? FOTO: ALIF AMAL AZAHARI ??
FOTO: ALIF AMAL AZAHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia