Harian Metro

NAK KAYA CEPAT!

Pemandu teksi paksa penumpang bayar RM950 ke destinasi kurang 10km ditahan

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Tambang cekik darah! Itu yang berlaku apabila dua penumpang warga Bangladesh dipaksa membayar tambang sebanyak RM950 bagi jarak kurang 10 kilometer.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa berusia 30-an dikatakan mengambil teksi berkenaan dari KL Sentral untuk ke Setapak, di sini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Saidul berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama rakannya baru tiba dari Kuala Terengganu.

“Ketika sedang menunggu di hentian bas, kami dihampiri pemandu teksi yang menawarkan khidmat untuk untuk menghantar kami ke Setapak.

“Lelaki itu memberitah­u tambang dikenakan hanyalah RM50 seorang.

“Kami bersetuju dan kemudian menaiki teksi berkenaan ke Setapak.

“Selepas tiba di kawasan itu, pemandu teksi itu sebaliknya meminta bayaran tambang RM950.

“Saya bertengkar dengan dia namun pemandu teksi itu tetap berkeras dan mengunci pintu teksi berkenaan,” katanya.

Mangsa memberitah­u terdapat kayu serta batang besi di dalam teksi itu menyebabka­n dia dan rakannya itu gusar dan menyerahka­n wang diminta.

“Namun dia memberi amaran kepada saya supaya tidak mengambil nombor pendaftara­n teksi miliknya itu jika tidak mahu dipukul,” katanya.

Susulan dari kejadian itu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan sejurus kejadian.

Sementara itu, Jurucakap Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

“Susulan laporan pengadu berkenaan, SPAD melakukan operasi khas bagi mengesan pemandu teksi terbabit pada malam kelmarin.

“Operasi bermula pada jam 10 malam berjaya mengesan pemandu teksi berusia 30-an berkenaan sebelum lelaki itu ditahan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut jurucakap SPAD, teksi yang digunakan suspek juga disita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 22 dan Seksyen 75 Akta Pengangkut­an Awam Darat (APAD) 2015.

 ??  ?? PEMANDU teksi ditahan bagi membantu siasatan kerana mengenakan caj yang melampau terhadap dua warga Bangladesh.
PEMANDU teksi ditahan bagi membantu siasatan kerana mengenakan caj yang melampau terhadap dua warga Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia