Harian Metro

JUTAWAN DALAM MIMPI

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

sebuah syarikat yang menjanjika­n pulangan pelaburan melebihi 100 peratus dalam tempoh tiga bulan selain menjanjika­n mangsa bergelar jutawan kosmetik.

Namun tawaran itu hanya janji kosong apabila pelabur tidak menerima habuan yang dijanjikan dan 105 pelabur membuat laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pulau Pinang membabitka­n kerugian RM788,901.50.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, susulan laporan yang diterima, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita di lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Menurutnya, suspek dikesan menawarkan Skim Pelaburan Krubal (Komuniti Rangkaian Usahawan Global) melalui Syarikat Exorbitanc­e Influence Sdn Bhd) kepada bakal pelabur.

“Suspek lelaki yang ditahan berusia 34 dan 36 tahun manakala suspek wanita berusia 30 tahun.

“Suspek menawarkan pelaburan barangan kosmetik menerusi kumpulan WhatsApp dan laman sosial Facebook (FB) selain mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam syarikat ditubuhkan.

“Mereka menawarkan lima pakej pelaburan serendah RM350 hingga RM55,000. Bagi pakej asas 1, 2, 3, pelabur perlu membayar RM350 hingga RM2,350 manakala pakej Deluxe (RM5,350), VIP (RM10,350), VVIP (RM25,350) dan Presiden (RM55,350),” katanya.

Katanya, pelabur dijanjikan pulangan tinggi melebihi 100 peratus selepas tiga bulan dan hadiah emas dengan berat tertentu mengikut pakej ditawarkan.

“Pelabur yang tidak menerima pulangan yang dijanjikan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Dianggarka­n 1,500 hingga 2,000 pelabur sudah menjadi mangsa skim ini.

“Dalam serbuan itu, polis merampas empat kenderaan mewah, satu tab, tiga komputer riba dan pelbagai dokumen syarikat termasuk buku cek serta fail,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kuala Lumpur

Tiga suspek bergelar Datuk termasuk dalang utama kini meringkuk di dalam lokap selepas dikesan terbabit dalam penipuan Skim Pelaburan Kongsi Makan

 ?? Acryl Sani ?? Suspek menawarkan pelaburan barangan kosmetik menerusi kumpulan WhatsApp dan laman sosial Facebook (FB) selain mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam syarikat ditubuhkan”
Acryl Sani Suspek menawarkan pelaburan barangan kosmetik menerusi kumpulan WhatsApp dan laman sosial Facebook (FB) selain mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam syarikat ditubuhkan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia