Harian Metro

‘KEMAS KINI’ MAKAN DIRI

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Lelaki rugi RM18,000 diperdaya ‘pegawai bank’

Alor Setar

Seorang lelaki kerugian RM18,000 selepas terpedaya dengan helah individu menyamar pegawai bank yang meminta dia mengemas kini akaun bank miliknya.

Dalam kejadian jam 2 petang Rabu lalu, mangsa berusia 42 tahun yang berada di tempat kerjanya di Langkawi, dekat sini, menerima panggilan daripada seorang lelaki memintanya pergi ke sebuah bank untuk mengemas kini akaun bank.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa pergi ke bank terbabit sebelum suspek mengarahka­n dia mengemas kini akaun bank melalui mesin juruwang automatik (ATM).

“Semua arahan itu dibuat suspek melalui perbualan telefon apabila dia meminta mangsa membuat pemindahan wang ke dalam akaun bank yang diberikan buat sementara waktu ketika akaun banknya dikemas kini.

“Mangsa kemudian membuat beberapa kali pemindahan wang berjumlah RM18,000 dan sebaik selesai suspek kemudian mematikan talian telefon dan berjanji akan menghubung­i semula,” katanya.

Sumber berkata, bagaimanap­un mangsa mula mengesyaki ditipu selepas suspek tidak menghubung­inya sebelum bertindak bertanya di kaunter.

“Namun dia terkejut apabila diberitahu mungkin menjadi mangsa penipuan dan dinasihatk­an membuat laporan polis. Dia kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kuah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 ?? Acryl Sani ?? Berdasarka­n siasatan polis, skim pelaburan ini membabitka­n 20,000 mangsa dan anggaran kerugian yang dialami sekitar RM34 juta”
Acryl Sani Berdasarka­n siasatan polis, skim pelaburan ini membabitka­n 20,000 mangsa dan anggaran kerugian yang dialami sekitar RM34 juta”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia