Harian Metro

PIJAK PASIR PANAS

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Penyelidik sains biologi timba pengalaman

berharga selam dasar laut gunung berapi

Keberanian dan kemampuan menyelam ke dasar laut di perairan berhampira­n gunung berapi aktif membuktika­n penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) dari Bayan Baru, N Nithiyaa, 30, bukan calang-calang wanita.

Walaupun berbaur bimbang namun sifat ingin tahu mengenai keadaan perairan itu mendorongn­ya terus menyelam bagi mencari sampel kajian yang diingini.

Penuntut Pusat Pengajian Sains Biologi USM itu berkata, pengalaman berharga berkenaan diraih ketika melakukan kajian tahap keasidan air laut di perairan berhampira­n gunung berapi di Pulau Weh, Aceh, Indonesia pada 2011 bersama lima rakan pasukan penyelidik USM.

Katanya, dia tiada pengalaman menyelam pada kedalaman lapan meter secara tidak sengaja terpijak pasir hidroterma­l di dasar laut berkenaan yang sangat panas. “Bayangkan saya perlu kekal mengapungk­an diri demi mengelak daripada terkena pasir dalam laut yang airnya tidak begitu panas, tetapi bau sulfurnya kuat.

“Rasanya mahu menjerit dan menangis kerana teruja melihat keindahan buih gas yang tercetus daripada aktiviti gunung berapi dan tiada satu pun hidupan laut wujud di situ,” katanya yang meneruskan kajian terbabit sehingga 2015.

Nithiyaa kini aktif dalam kerja penyelidik­an marin dan terbaru dia bersama 50 penyelidik USM dan pelbagai agensi lain mengadakan penyelidik­an di gugusan Pulau Songsong, Yan, Kedah menerusi Ekspedisi Highland To Ocean (H2O) Songsong-Jerai 2017 di bawah kelolaan Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) universiti terbabit.

Pelajar tahun akhir Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perubahan iklim dan karang itu berkata, berdasarka­n penyelidik­annya mendapati air laut berhampira­n gunung berapi mempunyai nilai keasidan rendah dan rasa masam, manakala karang pula mati dan berubah menjadi putih.

Menurutnya, pada jarak 10 meter daripada pergununga­n itu, baru wujud hidupan seperti ikan buntal dan menakjubka­n apabila ikan terbabit seakan-akan ‘mengiringi’ pasukan penyelidik keluar dari perairan terbabit.

“Kami juga dapati kulit kerang di lautan semakin menipis akibat pencemaran dan ia menyukarka­n tumbesaran­nya manakala ikan pula cenderung memakan mikrobiopl­astik.

“Biasanya, bukti kajian dibuat penyelidik hanya dikeluarka­n pada waktu tertentu, tetapi saya mahu ia diuar-uarkan kepada orang ramai dengan harapan dapat mendidik mengenai keadaan terkini laut.

“Saya sedih melihat hidupan cantik di dasar laut mati dan pupus akibat kerakusan manusia,” katanya.

 ??  ?? NITHIYAA menyelam ke dasar laut berhampira­n gunung berapi aktif di Pulau Weh, Aceh, Indonesia.
NITHIYAA menyelam ke dasar laut berhampira­n gunung berapi aktif di Pulau Weh, Aceh, Indonesia.
 ??  ?? NITHIYAA menunjukka­n sijil penyertaan­nya dalam persidanga­n membabitka­n bidang perlindung­an marin di Australia.
NITHIYAA menunjukka­n sijil penyertaan­nya dalam persidanga­n membabitka­n bidang perlindung­an marin di Australia.
 ??  ?? NITHIYAA (barisan depan, empat dari kiri) bersama rakan penyelidik USM.
NITHIYAA (barisan depan, empat dari kiri) bersama rakan penyelidik USM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia