Harian Metro

5 tauke sindiket DVD haram dicekup

- Ibrahim Isa dan Nabihah Kamal am@hmetro.com.my

Sindiket pengedaran cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak masih belum berkubur seperti disangka.

Ini terbukti apabila lima dalang sindiket itu ditahan dalam serbuan berasingan di lima lokasi sekitar Selangor dan Lembah Klang, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan

Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis merampas 100,688 keping VCD dan DVD cetak rompak serta 23 mesin salinan dengan nilai semua rampasan lebih RM1 juta.

Menurutnya, suspek berusia 35 hingga 48 tahun itu mempunyai peranan masing-masing dalam sindiket yang memasarkan DVD cetak rompak di sekitar Lembah Klang, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Siasatan mendapati sindiket ini menghasilk­an 1,000 keping VCD/DVD sehari dan menjualnya pada harga RM8 sekeping dan RM20 untuk DVD

Blue Ray.

“Sindiket ini mendapatka­n bekalan VCD/DVD kosong daripada syarikat pembekal dan memprosesn­ya tanpa Sijil B di sebuah rumah teres di ibu kota. VCD dan DVD yang siap diproses akan disimpan di beberapa rumah yang dijadikan stor penyimpana­n dan pembungkus­an sebelum diedarkan ke kedai menjual VCD dan DVD serta peniaga pasar malam.

“Penghantar­an VCD/DVD ini mengikut permintaan pelanggan dengan pembayaran dilakukan dalam talian dan serahan tangan manakala penghantar­an dibuat melalui syarikat penghantar­an,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat JSJK, di sini, semalam.

Acryl berkata, kegiatan pengedaran dan penjualan DVD/VCD tanpa Sijil B ini walaupun semakin berkuranga­n tetapi masih berleluasa kerana ia tidak dilakukan secara terang-terangan.

Katanya, dalam pemeriksaa­n itu, polis turut merampas lima telefon pintar pelbagai jenama milik suspek.

“Suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki VCD/DVD yang tidak mempunyai Sijil B, Seksyen 11(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 18 (4) Akta Penapisan Filem 2002,” katanya.

“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dalam keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.

“Pasti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka buat begitu,” kata Mohamad Putera Zainuddin, 21, yang tular di media sosial selepas memuat naik keratan akhbar mengenai dia ditinggalk­an di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996 ketika berusia 10 hari.

Menurut Mohamad Putera, dia tidak pernah menyalahka­n ibu bapanya, malah akan berusaha mencari keluarga kandungnya itu.

Katanya, dia tergerak hati mencari ibu bapanya sebelum ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan pada Jun lalu.

“Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Ibu bapa angkat saya memang berterus terang memberitah­u saya anak angkat sejak dari tadika lagi.

“Saya boleh menerima kenyataan itu,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.

Mohamad Putera yang dibesarkan di Muar, Johor berkata, jauh di sudut hatinya dia ingin mengetahui sama ada kedua ibu bapanya masih hidup.

“Saya kembali ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail bagi mendapatka­n petunjuk.

“Bagaimanap­un, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahka­n fail sebelum meminta saya baca sendiri,” katanya yang juga penuntut Diploma Pembantu Perubatan di kolej di Seremban, Negeri Sembilan.

Menurutnya, luluh hatinya membaca artikel di keratan akhbar disimpan di dalam buku rekod itu.

“Saya ingat akan jumpa keluarga kandung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan namun sangkaan saya meleset.

“Tak sangka bidan kampung atau kini dikenali se-

 Pemuda ditinggalk­an di perhentian bas 21 tahun lalu mahu temui emak, ayah kandung

bagai jururawat masyarakat yang menjumpai saya di perhentian bas ketika berusia 10 hari,” katanya.

Menurutnya, dia berharap sesiapa yang mengenali ibu bapanya dan bidan itu menghubung­inya di talian 012-3440420.

Katanya, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung, sekurang-kurangnya dia ingin bertemu bidan itu.

Sementara itu, ibu angkatnya, Saodah Mahmood, 59, yakin Mohamad Putera

 ??  ?? KERATAN akhbar bertarikh 23 September 1996 memaparkan berita penemuan bayi di Kuantan, Pahang. PUTERA bersama Saodah.
KERATAN akhbar bertarikh 23 September 1996 memaparkan berita penemuan bayi di Kuantan, Pahang. PUTERA bersama Saodah.
 ??  ?? ACRYL Sani (tiga dari kiri) menunjukka­n cakera padat yang dirampas.
ACRYL Sani (tiga dari kiri) menunjukka­n cakera padat yang dirampas.
 ??  ?? SINDIKET menghasilk­an 1,000 DVD cetak rompak sehari.
SINDIKET menghasilk­an 1,000 DVD cetak rompak sehari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia