Harian Metro

Dua ditahan reman 5 hari bantu siasatan

-

Kota Kinabalu: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Peter Anthony, 46, antara dua ditahan reman selama lima hari mulai semalam bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes siasatan penyelewen­gan dana kementeria­n Persekutua­n di Sabah.

Turut direman, seorang pemilik syarikat pembinaan berusia 52 tahun.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarka­n Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada prosiding semalam, SPRM diwakili Pegawai Penyiasat Mohd Faliq Basiruddin.

Peter pula diwakili peguam Loretto Padua Jr dan Cedric Choo.

Seorang lagi suspek diwakili peguam Edward Paul.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarka­n suspek wanita berusia 40 tahun yang juga bekas timbalan setiausaha bahagian kementeria­n itu ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes sama.

Ketiga-tiga suspek sebelum ini ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan pejabat SPRM Sabah, kelmarin.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam ucapannya sempena Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan kali ke-9 di Kuala Lumpur mendedahka­n pihaknya menyita RM29 juta lagi dalam siasatan terbaru mengenai penyelewen­gan dana kementeria­n di Sabah.

Ia selepas lebih RM150 juta wang tunai dirampas dalam operasi dijalankan pegawai penyiasat di 15 lokasi di Sabah.

Sementara itu, kira-kira 100 individu dipercayai penyokong WARISAN hadir di perkaranga­n Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini, sejak jam 8.30 pagi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia