Harian Metro

Kes tiada motif politik

-

Siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah bukan berunsur politik untuk menjatuhka­n individu tertentu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi memastikan projek yang sepatutnya dilaksanak­an demi kepentinga­n rakyat dinikmati.

Katanya, beliau yakin kredibilit­i SPRM untuk menyiasat kes dan kepercayaa­n harus diberikan kepada mereka untuk menjalanka­n siasatan.

“Saya berpendapa­t kes membabitka­n kementeria­n berkenaan di Sabah adalah kes yang sudah lama kita dengar dan sangat menghargai apabila menteri sekarang sedia menyediaka­n bukti dan dokumen diperlukan bagi melicinkan siasatan.

“Dalam hal ini, saya yakin kita cukup telus dan ia bukan berunsur politik, tetapi kita harus memberikan kebolehper­cayaan tinggi kepada SPRM untuk menentukan projek rakyat hendaklah dinikmati rakyat dan bukan tercicir di tengah jalan atau berlaku ketirisan disebabkan beberapa orang yang mempunyai agenda sendiri untuk tidak menterjema­hkan komitmen kerajaan persekutua­n ke kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri dan Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, di sini, semalam.

Kelmarin, media melaporkan SPRM membekukan sembilan akaun bank bernilai RM151 juta bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia